Berita Terkini

2 jam yang lalu: Kabinet dibentuk segera selepas ambil pandangan semua parti kerajaan - PM 2 jam yang lalu: GRS-DAP bincang komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan 2 jam yang lalu: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik antara tercalon bagi Anugerah BWF 2022 2 jam yang lalu: JPS keluar notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di enam negeri 2 jam yang lalu: MS puas hati prestasi skuad terjun negara di GP Malaysia

IKUTI KAMI


Rezeki Ramadan: 300 Ekor 'Puyuh Golek' Laris Dalam Tempoh 2 Jam

Juadah burung puyuh golek yang dijual hanya pada bulan Ramadan memberi tuah apabila ‘menu bermusim’ itu mendapat permintaan ramai sehingga laris hampir 300 ekor dalam tempoh dua jam.

Selera Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Apr 2022 11:14AM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kelainan memperkenalkan juadah burung puyuh golek yang dijual hanya pada bulan Ramadan memberi tuah kepada seorang peniaga apabila ‘menu bermusim’ itu mendapat permintaan ramai sehingga laris hampir 300 ekor dalam tempoh dua jam.

Peniaga Puyuh Golek Roslan Mat Jusoh, 54, berkata idea untuk mengusahakan puyuh golek itu timbul apabila beliau menyedari juadah berkenaan masih belum dikomersialkan secara meluas terutamanya di Kelantan sekali gus tidak mengundang kepada persaingan.

Lagi unik dan istimewa apabila beliau mengekalkan resipi turun-temurun yang diolahnya sendiri dengan menggunakan 10 jenis rempah-ratus bagi menghasilkan perapan puyuh golek sejak memulakan perniagaannya hampir 20 tahun lepas.

“Setiap kali bulan Ramadan saya akan menempah hampir 5,000 ekor puyuh sejuk beku yang diambil secara berperingkat daripada seorang pembekal tempatan di sini untuk memenuhi permintaan pelanggan iaitu sekitar 300 ekor puyuh sehari.

“Kebiasaannya saya akan menempah bekalan puyuh mentah daripada pembekal sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum menjelang Ramadan memandangkan bekalan burung ini sukar diperoleh terutamanya dalam kuantiti yang banyak,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai miliknya D’Yellow House di Pengkalan Pasir, Kelantan.

Bapa kepada empat orang anak itu berkata burung puyuh tidak memerlukan perapan yang terlalu banyak berbanding ayam golek memandangkan ia hanya bersaiz kecil dan mudah menyerap bahan perapan.

Katanya, hampir setiap hari beliau akan melakukan perapan sekitar tiga hingga empat jam untuk memastikan bahan perapan yang dihasilkan dapat menyerap dengan sempurna sehingga bahagian isi burung puyuh.

“Kebiasaannya saya serta dua pekerja akan mula membakar burung puyuh yang telah diperap selepas 1 tengah hari sebelum ia mula dijual kepada orang ramai bermula 3 petang dan akan habis dijual sebelum 5 petang.

“Setiap ekor burung puyuh yang dibakar hanya memerlukan masa antara 30 minit hingga 45 minit bergantung kepada bara api daripada arang yang digunakan bagi menghasilkan aromanya yang tersendiri,” katanya yang memerlukan sebanyak tiga guni arang setiap hari.

Roslan yang turut menerima tempahan secara dalam talian berkata, setiap palang besi pembakar yang digunakan mampu memuatkan kira-kira 30 ekor puyuh golek pada satu-satu masa dan ia dijual pada harga RM4 setiap ekor selain pelanggan turut diberikan sos pencicah istimewa.

“Selain burung puyuh golek saya turut menjual ayam golek sebanyak 50 ekor setiap hari untuk memberi pilihan kepada pelanggan. Ada segelintir pelanggan tidak makan burung puyuh, sebaliknya akan memilih ayam golek yang dijual pada harga RM26 seekor.

“Dengan adanya peniagaan puyuh golek dan ayam golek ini sekurang-kurangnya ia dapat menampung keperluan saya sekeluarga untuk memperoleh pendapatan terutamanya ketika bulan Ramadan memandangkan pada bulan biasa saya hanya mengusahakan perniagaan masakan panas secara kecil-kecilan,” katanya.

Seorang pelanggan tetap, Roslan Musa, 62, dari Kampung Mekasar berkata menu burung puyuh golek yang diusahakan oleh Roslan sering dinanti-nantikannya memandangkan juadah itu hanya ‘muncul’ ketika bulan Ramadan.

“Saya tidak menjumpai menu puyuh golek ini di tempat lain. Malah, perapan yang dihasilkannya juga mempunyai rasa istimewa tersendiri selain sos pencicahnya sangat sedap sekali gus sesuai untuk dinikmati dengan puyuh golek,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Semporna Di Mata, Melekat Di Hati

23 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 5 bulan yang lalu

Ali Puteh Akui Keluar Wang KWSP Demi Kelangsungan Hidup

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Atasi Pembaziran, Rancang Penyediaan Makanan Dengan Bijak - MAEKO

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Serbuan Belian Saat Akhir Menjelang Aidilfitri

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sudahkah Anda Membayar Zakat Fitrah?

Sorotan

1

Piala Malaysia: Stadium Nasional Bertukar Lautan Merah-Biru, Merah-Kuning

2

Warkah Sebak Muhyiddin, ‘Saya Insan Biasa, Punya Rasa Kecewa Tapi Redha’

3

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50