Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Lagi Pilihan Buka Puasa Di Sekitar Kuala Lumpur

Rambang mata dengan terlalu banyak pilihan yang menanti, berikut beberapa hidangan bufet atau menu buka puasa yang boleh anda cuba.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2022 4:30PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mencari lokasi berbuka puasa kadangkala menjadi isu rumit, lebih-lebih lagi jika melibatkan ramai orang. Maklumlah, lain orang, lain seleranya. Ada yang suka masakan kampung, ada yang bercitarasa moden, malah ada yang mencari hidangan yang jarang ada pada hari-hari biasa.

Minggu pertama berpuasa ini, mungkin ada di antara anda yang bercita-cita untuk berbuka puasa dengan ahli keluarga, mahupun rakan-rakan di luar. Namun, tidak punya idea kerana terlalu banyak pilihan menanti. Selain itu, bimbang juga lokasi pilihan tidak kena dengan selera atau harganya tidak berbaloi dengan seleksi makanan yang dihidangkan.

Tidak mengapa, berikut merupakan pilihan bufet atau menu buka puasa yang boleh anda cuba. Kesemua pilihan ini GETARAN telah cuba sendiri dan ia tidak mengecewakan.

Diterajui oleh Chef Eksekutif, Unaver V Unabia, bufet buka puasa dari Traders Hotel membawa tema ‘Sajian Bonda’ untuk Ramadan kali ini. Dengan harga kurang daripada RM150, pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tradisional yang menawan selera.

Ketika ditemui, Chef Unaver memberitahu pasukannya telah berusaha menghasilkan barisan menu yang diyakini mampu memikat selera setiap pengunjung. Antara menu yang dicadangkan oleh Chef Unaver ialah, kari laksa udang galah, kambing panggang, ayam golek, ketam goreng cili, Sup Tulang Merah Muar, asam pedas ekor dan juga makanan laut bakar.

“Kami memilih tema ‘Sajian Bonda’ kerana kita tahu salah satu perkara yang paling dihargai ketika musim perayaan ialah dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga. Masakan tradisi yang disediakan oleh ibu kita terutamanya, sudah pasti menjadi pilihan hati kerana ia membawa kita kepada kenangan manis ketika sama-sama meraikan detik-detik indah saat berkumpul sekeluarga,” ujar Chef Unaver.

Makan malam bufet Sajian Bonda di Gobo Chit Chat tersedia setiap hari dari 1 April 2022 hingga 1 Mei 2022 dengan tiga rangkaian menu bergilir pada hari bekerja dan dua rangkaian menu bergilir pada hujung minggu.

Selain menjamu selera di Gobo Chit Chat, anda juga boleh menempah set ‘Dulang Bonda’ untuk berbuka puasa dengan selesa di rumah sendiri. Antara pilihan menu untuk set ini ialah kerabu mangga, otak-otak, ayam percik, Gulai Siakap Samudera, rendang daging serta kek marble pandan dan aneka kuih tradisional.

‘Dulang Bonda’ didatangkan dalam tiga variasi dan harganya bermula dari MYR58 bersih untuk setiap set. Tempahan untuk set ini boleh dibuat secara online di www.tradersklspecials.com. Manakala tempahan untuk bufet, anda boleh emailkan ke email di sini.

Warisan Selatan, Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur
Warisan Selatan, Dorsett Hartamas, Kuala Lumpur

Buat pertama kalinya, tahun ini Dorsett Hartamas membawakan bufet makan malam sempena Ramadan. Chef Ahmad dari Table Talk berbesar hati mempersembahkan bufet makan malam, ‘Warisan Selatan’ yang akan disediakan bermula 8 hingga 28 April 2022.

Dengan menu bergilir setiap hari, pengunjung boleh menjamu selera dengan pelbagai hidangan istimewa negeri-negeri di selatan tanah air seperti nasi briyani (Johor), Ayam Rendang Minang.

(Negeri Sembilan), daging briyani (Johor), Labu Masak Lemak Kuala Pilah (Negeri Sembilan), ikan pari asam pedas (Melaka), sotong kalio (Johor), sayur campur bersama cendawan (Melaka), teluk itik lemak (Negeri Sembilan) and udang goreng kunyit (Melaka).

Tidak ketinggalan, pelbagai pilihan salad, kerabu, sup dan gerai makanan serta stesen memasak secara langsung yang masing-masing dengan persembahannya sendiri. Ada kaki kambing BBQ, popcorn dan aiskrim, murtabak ayam dan daging, pelbagai jenis gorengan seperti samosa, pisang goreng, cekodok, cempedak goreng, popia goreng, aneka panggang (ikan bakar, ayam golek, sate, kepak goreng, stik daging lembu) dan pelbagai jenis pastri untuk mengakhiri malam yang benar-benar lazat.

Warisan Selatan berharga RM98 bersih untuk dewasa dan RM68 bersih untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun dan warga emas.

Bagi mereka yang ingin menjamu selera di rumah atau sekadar berkongsi makanan enak dengan mereka yang dekat dan jauh, Dorsett Hartamas juga menawarkan menu untuk dibawa pulang. Ada biskut mentega enak yang cair di dalam mulut, sambal tumis, rendang ayam dan rendang daging sedia untuk dimakan, dan juga rendang pucuk ubi. Tentang rasa, anda tidak perlu risau kerana kesemua menu ini disediakan oleh Chef Ahmad dengan cukup teliti.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan anda boleh emelkan ke [email protected]  

Sajian Istana & Nusantara, Restoran Ummis Hijau, Kuala Lumpur
Sajian Istana & Nusantara, Restoran Ummis Hijau, Kuala Lumpur

Restoran dan syarikat katering tempatan Ummis Hijau Kasturi menyediakan seleksi menu berbuka puasa yang sering menjadi kegemaran ramai untuk berbuka puasa. Seleksi buffet yang tersedia bermula 4 April hingga 29 April ini menampilkan 30 jenis hidangan tradisonal Melayu dengan tema yang berbeza pada setiap hari. Namakan sahaja, sajian Semenanjung Malaysia sehingga ke Sabah dan Sarawak, sajian Nusantara dari Indonesia serta Brunei pastinya akan menambat selera anda.

Bagi yang belum pernah menjamu selera di restoran ini, pasti anda ingin tahu serba sedikit tentang restoran ini bukan? Ia dimiliki dan diusahakan oleh pasangan suami isteri Chef Haji Fauzi dan Chef Hajah Norziah yang sudah sekian lama berada di dalam industri sajian makanan. Malah, mereka juga pernah berkhidmat sebagai chef peribadi Istana dan kerabat diraja Brunei.

Antara sajian istana yang mesti anda cuba ialah nasi kebuli, kurma ayam, Daging Pindang Brunei, Ikan Liking, gulai lemak rebung dengan pucuk manis, masak hitam hati buyah(paru lembu), Sambal Ikan Tahai, pais daging, sambal urat-uratan,Kelupis Brunei dan kuih serabai durian.

Bagi menambah keterujaan, konsep restoran turut disuntik dengan hiasan tradisional Melayu sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Ummis Hijau Kasturi. Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung, surau turut tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang begitu luas di tingkat bawah premis. 

Bufet Ramadan yang tersedia dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam ini dijual pada harga harga RM35.90 bersih untuk dewasa dan RM17.90 bersih untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dan warga emas berumur 60 tahun ke atas. 

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai restoran ini anda boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Nikmati kelazatan masakan tradisional Malaysia di Glenmarie Hotel & Golf Resort dari 3 April hingga 2 Mei 2022 dengan hidangan menu mereka yang berjudul ‘Selera Kampung’. Tersedia di Kites Restaurant, sajian suasana kampung ini menawarkan aneka lauk-pauk dan masakan tradisi sepanjang bulan Ramadan dari jam 7 hingga 10 malam.

Sebanyak 88 jenis hidangan ditawarkan mengikut giliran dan antaranya ada 13 masakan khas Malaysia dari setiap negeri termasuk Daging Salai Masak Lemak Chilli Padi, Asam Pedas Ikan Pari Melaka, Ikan Patin Masak Tempoyak Pahang, Kari Kepala Ikan Pulau Pinang, Rendang Ayam Minang, Ayam Percik, Singgang Daging Kelantan, serta Dalcha Daging Tetel.

Tawaran ini bermula pada harga RM108 untuk seorang dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Kanak-kanak di bawah empat tahun pula tidak dikenakan sebarang bayaran.

Untuk maklumat lanjut hubungi pihak hotel di talian +60123999092 atau +60378025200

Gambar: Traders Hotel, Dorsett Hartamas, Glenmarie Resort dan Restoran Ummis Hijau Kasturi

Berita Berkaitan

1

Selera 1 bulan yang lalu

Kampung Lah Gamit Memori Di Kampung, Saji Masakan Asli Negeri Sembilan

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Bina Iman Untuk Ramadan, Lupakan Sementara Bina Otot - Murad

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Sukar Diperoleh, Namun Suami Isteri Pastikan Bekalan Buah Kabung Tersedia Setiap Ramadan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hayati Semangat Ramadan, Santuni Golongan Kurang Bernasib Baik - PM

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki