web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesta Makanan Itali Tawarkan Lebih 600 Pilihan Makanan

Pesta selama dua minggu ini memberi peluang kepada peminat dan pengemar makanan Itali menikmati dan mengenali budaya masakan negara itu selain makanan dan minuman Mediterranean yang sihat.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2022 2:32PM

Gambar: Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ratusan produk makanan asli Itali ditawarkan sempena pesta makanan Itali di beberapa pasar raya termasuk Village Grocer, Ben's Independent Grocer (BIG), BSC Fine Foods, Leisure Grocer, sdan juga The Food Merchant sehingga 20 Mac ini.

Pesta yang lebih seminggu itu memberi peluang kepada peminat dan pengemar makanan Itali menikmati dan mengenali budaya masakan negara itu selain makanan dan minuman Mediterranean yang sihat serta unggul yang menjadi asas gaya hidup rakyat Itali.

Pesta itu menampilkan pelbagai produk asli Itali seperti biskut, kopi, minyak zaitun, coklat dan makanan ringan, trufel, pasta dan keju serta pelbagai sos perasa.

Duta Besar Itali di Malaysia Massimo Rustico sempat merasmikan pesta berkenaan di Village Grocer Bangsar Village dan juga cawangan The Food Merchant di Pavilion Bukit Jalil, pada Selasa dan Jumaat berkata objektif pesta itu adalah untuk mengetengahkan dan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang makanan, budaya dan biodiversiti Itali ke dalam pasaran Malaysia untuk ekport Itali.

"Tahun ini, Agensi Perdagangan Itali (ITA) bekerjasama dengan The Food Purveyor (TFP), sebuah jenama terkemuka dalam peruncitan makanan berkualiti di Malaysia yang mengendalikan kedai runcit premium Village Grocer, Ben's Independent Grocer (BIG), BSC Fine Foods, Leisure Grocer serta The Food Merchant bersama-sama untuk meraikan kehebatan Itali dalam dunia makanan dan minuman.

“Saya gembira melihat begitu banyak produk makanan Itali dalam pesta kali ini yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang produk asli buatan Itali kepada rakyat di Malaysia,” katanya.

Pesuruhjaya Agensi Perdagangan Itali Dr Filippo Fusaro, yang turut hadir pada acara itu berkata kerjasama dengan ITA ini memfokuskan keaslian dan ciri unik yang menjadikan makanan Itali terkenal serta membawa kepelbagaian makanan Itali ke pasaran Malaysia.

“Masakan Itali digemari seantero dunia bukan sahaja kerana keenakan rasanya tetapi juga demi manfaat kesihatan. Ini kerana masakan kami merangkumi Makanan Mediterranean," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TFP Geoff King berkata pesta ini berlangsung tepat pada masanya dalam usaha untuk mendidik pengguna mengenai manfaat kesihatan makanan Itali.

“Penularan pandemik COVID-19 membolehkan orang ramai mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat. Sebab itulah, pemakanan sihat dan mengekalkan diet seimbang seperti diet Itali-Mediterranean mesti menjadi amalan kita,” tambahnya. - Bernama

Semua gambar: Sadiq Asyraf

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kibaran Bendera Palestin Di Menara Condong Pisa, Itali

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bila Suka Bertukar Duka…

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN