web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sate Sajian Wajib Sarapan Di Muar

Sate menjadi antara makanan wajib bagi penduduk tempatan dengan terdapat lebih 10 pilihan kedai sekitar Jalan Majidi di Muar yang menerima jolokan ‘lorong sate’ dibuka seawal 7.30 pagi bagi memenuhi selera pelanggan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2022 9:08AM

Gambar: Amirul Azmi, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bukan sesuatu yang pelik jika melihat sate dihidangkan sebagai menu sarapan pagi di Muar.

Malah, sajian itu menjadi antara makanan wajib bagi penduduk tempatan dengan terdapat lebih 10 pilihan kedai sekitar Jalan Majidi di Muar yang menerima jolokan ‘lorong sate’ dibuka seawal 7.30 pagi bagi memenuhi selera pelanggan.

Jika di Kuala Lumpur misalnya, sate dinikmati pada sebelah petang atau malam, namun di Bandar Maharani suasana berbeza apabila aroma daging perap yang dibakar di atas dapur arang pada awal pagi menggamit selera pejalan kaki yang melalui deretan kedai di situ.

Mula beroperasi pada 2015, pemilik restoran Gubok Ann Sate Warisan, Mohd Afzan Mohd Atan menggunakan resipi tradisi keluarga yang diwarisi daripada datuknya, Hussin Said yang memulakan perniagaan sate pada era 70-an di Larkin, Johor. 

Beliau yang merupakan generasi ketiga keluarga mengusahakan perniagaan itu, selain pakciknya yang turut membuka restoran Satay Warisan berdekatan.

“Keluarga saya memang kebanyakannya meniaga sate kerana dari kecil kami telah didedahkan dengan cara pembuatannya…rugi jika tidak meneruskan resipi peninggalan arwah datuk kerana memang hasrat kami untuk pengunjung turut dapat merasai keenakan sate warisan keluarga,” katanya ketika ditemui Bernama.

Mohd Afzan, 39, berkata meskipun terdapat banyak restoran sate di Jalan Majidi namun setiap kedai menyediakan rasa dan keunikan tersendiri yang terletak pada tekstur daging dan kuahnya.

Berkongsi proses penyediaan juadah itu, beliau berkata daging akan diperap semalaman menggunakan bahan asas seperti serai, bawang, halia dan rempah istimewa sebelum dibakar keesokannya.

“Penyediaan sate agak memakan masa dan renyah kerana perlu menunggu semalam untuk memastikan perapan daging dapat meresap sempurna kerana jika tidak, rasanya hambar dan tidak begitu enak,” katanya yang menjual hampir 2,000 cucuk sate sehari.

Selain sate ayam, daging dan perut yang dijual pada harga RM1 secucuk, dan Restoran Gubok Ann Sate Warisan turut menyediakan makanan yang sinonim di daerah itu iaitu mee bandung, soto dan lontong kering.

Pemilik gerai sate yang terletak di Gerai Seni bersebelahan lorong sate, Nur Aina Adnan berkata beliau juga menyajikan resipi turun-temurun keluarga daripada datuknya, Abdul Aziz Long yang mahir membuat makanan itu sejak menetap di Klang sekitar 1970.

“Bukan sahaja sate, tetapi kami juga membuat nasi himpit sendiri yang dihidang bersama timun dan bawang, serta menggunakan kacang berkualiti untuk kuah,” katanya yang menerima tempahan sate melalui perkhidmatan e-hailing sekitar 200 cucuk sehari. 

Jelas anak muda berusia 26 tahun itu, pelbagai promosi dilakukan termasuk di media sosial untuk memperkenalkan sate di Muar dan sering menerima kunjungan daripada masyarakat di luar daerah itu.

Bagi penduduk tempatan, Kamariah Abdul Aziz, sate menjadi pilihannya sebagai juadah harian kerana menggemari kombinasi daging, nasi himpit dan kuah kacang yang sedap dan mudah didapati. 

“Sebelum pergi kerja saya akan singgah di sini hampir setiap pagi untuk membeli sate kerana tidak lengkap hari tanpa menikmati juadah ini,” katanya yang bekerja di pasar raya di pekan Muar. - Bernama

Isu Pada

Gemilang Seni Khai Bahar

05 Mar 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Sediakan Teduhan Untuk Si Ibu Sediakan Juadah

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Muar, Syurga Makanan Asli Johor

3

Politik 2 tahun yang lalu

Polis Sahkan Siasat Kenyataan Abdul Hadi Berhubung Kuasa Lembaga Pengampunan

4

TARA 2 tahun yang lalu

10 Tempat Sarapan Best Di Selangor

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN