Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kluang Rail Coffee, Secangkir Kopi Seabad Kenangan

‘Kluang Rail Coffee’ atau turut dikenali sebagai kopi stesen kereta api menarik minat penggemar kopi bukan sahaja di Johor malah dari seluruh negara, dengan rasa dan aromanya yang mengasyikkan.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2022 8:38AM

Gambar: Hazim Mohammad, Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah kedai kopi terkenal yang terletak di selatan tanah air, meniti di bibir peminat kopi sebagai menyajikan kopi terbaik di bandar dan negeri Johor.

‘Kluang Rail Coffee’ atau turut dikenali sebagai kopi stesen kereta api itu menarik minat penggemar kopi bukan sahaja di Johor malah dari seluruh negara, dengan rasa dan aromanya yang mengasyikkan.

Pengusahanya Lim Jit Chew berkata kopitiam itu, yang masih mengekalkan tarikan masa lampau stesen kereta api di Kluang, bermula sebagai kantin untuk tentera British serta kakitangan kerajaan dari KTM Bhd, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pos Malaysia.

Katanya, kedai kopi itu, yang kini telah menjadi jenama tempatan terkenal, mula diusahakan datuknya Lim Huan Hee pada 1938.

Lim, yang dikenali sebagai Uncle Jack, berkata sebagai generasi ketiga beliau mengambil alih perniagaan itu pada 1980 dan melihat potensi untuk membawa kedai kopi itu ke tahap lebih tinggi.

Lim Jit Chew (Uncle Jack)
Lim Jit Chew (Uncle Jack)

Menurutnya Kluang Rail Coffee mempunyai banyak ciri menarik antaranya semangat pelanggan berbilang kaum di bawah konsep kopitiam.

“Pada ketika itu, kantin tersebut sangat kecil. Askar dan kakitangan kerajaan datang ke sini untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan minum petang. Apabila mereka datang bersama, kedai ini menjadi tempat berkumpul.

“Orang ramai sentiasa menyukai kopi, roti dan nasi lemak kami. Kemudian, perlahan-lahan kami membina nama sendiri,” katanya kepada Bernama dalam satu temu ramah eksklusif di sini.

Lim berkata prinsipnya adalah menyajikan yang terbaik serta tidak langsung berkompromi tentang kualiti bahan-bahan kerana kos.  

Katanya, rahsia kejayaan kedai itu adalah pada suasana kopitiam dan menu asli yang dikekalkan, selain menawarkan kopi dan hidangan terbaik pada harga berpatutan.

Beliau berkata pelanggan berasa nostalgik apabila menjejakkan kaki ke kopitiam itu kerana ia mengembalikan banyak memori buat mereka.

“Saya telah melalui empat generasi. Saya menyedari semua orang mempunyai sentimen untuk tempat ini. Ia adalah lebih daripada kopi yang kami sajikan; ia adalah tentang kehidupan dan kenangan. Oleh sebab itu kami perlu memelihara dan mengekalkan suasana ini,” katanya dalam nada sebak.

Kopi, nasi lemak, laksa Johor, roti sambal, roti bakar, roti keping dan cucur ikan bilis adalah antara menu popular di Kluang Rail Coffee dengan harga antara RM1.30 hingga RM5.90.

Uncle Jack berkata perniagaannya agak perlahan ketika kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 2020 untuk mengekang penularan COVID-19.

Bagaimanapun, pengenalan Program Subsidi Upah dan moratorium pinjaman membantunya mengekalkan pekerja dan membolehkan perniagaan itu terus berjalan.

Kluang Rail Coffee mempunyai empat cawangan di Kluang, satu di Kota Damansara, Selangor dan satu di Sendayan, Negeri Sembilan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Tiada Kasino Akan Dibuka, Bakal Beroperasi Di Johor - MB

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Peniaga Degil Jual Vape Di Johor Berdepan Tindakan Tegas - Exco

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Jelajah 7 jam yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

oleh Rahayu MN