web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyingkap Rahsia Dengan Secawan Kopi Di Ipoh

Rahsia di Ipoh boleh menjadi tempat anda melabuhkan lelah dan berkongsi kisah hati sambil ditemani minuman dan hidangan yang cukup istimewa. Sudah pernah ke sana?

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 2:56PM

Gambar: Instagram @rahsia.ip dan Rahayu Mat Nah

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sama seperti di Lembah Klang, ‘coffee culture’ juga semakin berkembang di negeri-negeri sebelah utara, contohnya di Ipoh. Jika anda bercuti ke bandar raya yang terkenal dengan nasi ganja ini di hujung minggu, cuba perhatikan.

Bukan sahaja kopitiam yang dipenuhi dengan pelanggan, kafe-kafe moden atau hipster juga turut menjadi tumpuan ramai.

Ketika berkunjung ke sana baru-baru ini, penulis terpanggil untuk mengintai sebuah kafe yang semakin mendapat perhatian di kalangan warga Ipoh.

Biarpun baru beroperasi kira-kira setahun yang lalu, kafe yang dinamakan Rahsia ini punya keunikan tersendiri. Ada sesuatu yang ‘menarik’ penggemar kopi untuk bersinggah. 

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Ketika diberitahu tentang kafe ini, penulis sempat menjengah ke akaun Instagram rahsia.ip untuk melihat-lihat menu yang tersedia. Namun hampa, akaun kafe ini sangat ‘berahsia’. 

Jika kafe-kafe lain menghidangkan foto-foto makanan dan minuman yang menyelerakan di akaun media sosial masing-masing, tidak untuk Rahsia. Cuma ada bayangan sahaja! 

Ini membuatkan penulis lebih tertarik untuk singgah dan menikmati sendiri hidangan di kafe yang beralamat di 5A, Lorong Cecil Rae,Canning Garden, Ipoh, Perak ini. 

Untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang idea yang ingin diketengahkan, penulis menghubungi pemilik kafe ini, bertanyakan sama ada dia sudi untuk ditemu bual. 

Girang rasanya hati apabila pelawaan penulis disambut baik oleh salah seorang pemilik, Mohd Adam Jalaludin.

Mohd Adam Jalaludin. Gambar: Rahayu Mat Nah
Mohd Adam Jalaludin. Gambar: Rahayu Mat Nah

Jadi, seperti dijanjikan, tanggal 25 Januari lalu, penulis singgah ke Rahsia. Pandangan pertama – kecil dan comel. Hanya ada beberapa buah kerusi dan meja untuk pengunjung duduk membasahkan tekak dan menjamu selera. 

“Kami bermula ketika dunia dilanda pandemik COVID-19. Ketika itu kita semua (rakyat Malaysia) juga tidak dibenarkan menjamu selera di luar kerana perintah kawalan pergerakan masih dikuatkuasakan.  

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

“Sebagai permulaan, Rahsia hanya membuat jualan dengan menggunakan servis penghantaran. Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa saya dan kawan-kawan sanggup mengambil risiko? 

“Jawapan saya ialah, ketika itulah kami berjaya menyewa ruang yang ada ini pada harga yang cukup berbaloi. Murah berbanding biasa,” ujar Adam berkongsi cerita.

Tambahnya lagi, Rahsia sebenarnya berkongsi ruang tingkat satu itu dengan tiga lagi pemilik perniagaan yang juga merupakan teman-temannya. Sebab itulah, ruang yang ada agak terhad.

“Saya mahukan sebuah kafe yang punya ciri intim. Sesuai dengan namanya, Rahsia. 

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

“Di sini bukan sahaja tempat untuk minum kopi atau menjamu selera, tetapi saya juga mahu tempat ini menjadi tempat untuk pelanggan berkongsi rasa. Saling mengenali di antara satu sama lain. Malah, sanggup berkongsi ‘rahsia’ dengan kami.

“Jika anda perasaan di akaun Instagram kami ada entri ‘khabarahsia’, ruang di mana pengunjung Rahsia bercerita tentang episod hidup mereka. 

“Identiti sebenar kami rahsiakan, yang kedengaran hanyalah suara. Sesiapa sahaja boleh berkongsi di ruang ini. Tiada bayaran dikenakan atau diberikan,” ujar Adam.

Gambar: Ili Farhana
Gambar: Ili Farhana

Menyentuh tentang hidangan yang tersedia, anak jati Ipoh, Perak ini memberitahu buat masa ini Rahsia mempunyai tujuh jenis minuman kopi dan enam minuman bukan kopi. 

Sementara makanan pula terhad kepada spageti, sandwich dan roti bakar.

“Kami mengambil pendekatan realistik. Dengan saiz kafe yang kecil dan ruang dapur yang terhad, kami hanya mampu menyediakan hidangan yang mudah, tetapi menyelerakan dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Tidak banyak, tetapi cukup. 

Legam dan Hejau.  Gambar: Rahayu Mat Nah
Legam dan Hejau. Gambar: Rahayu Mat Nah

“Sesekali, Rahsia akan berkolaborasi dengan pihak lain untuk menjual menu berbeza bagi mencipta kelainan. 

“Strategi ini dalam masa yang sama boleh membantu komuniti untuk sama-sama melariskan jualan,” ujar Adam.

Jika anda sampai ke sini, mesti cuba dua minuman ‘signature’ di sini iaitu ‘Debu’ dan ‘Madu’. Kedua-dua minuman kopi ini menampilkan resipi istimewa. 

Debu dan Madu. Gambar: Rahayu Mat Nah
Debu dan Madu. Gambar: Rahayu Mat Nah

‘Debu’ adalah campuran kopi bersama serbuk arang, manakala ‘Madu’ merupakan campuran kopi dan madu tualang. Tentang rasa, jangan bimbang. Super enak dan lain daripada yang lain.

Selain itu, jangan lepaskan peluang menikmati roti bakar manis dan roti bakar savouri. Cukup sempurna untuk dinikmati bersama kopi yang dipesan. 

Roti bakar manis dan savouri. Gambar: Rahayu Mat Nah
Roti bakar manis dan savouri. Gambar: Rahayu Mat Nah

Rotinya lembut memikat selera, bahan-bahan yang lain juga segar berperisa. 

Tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah menyingkap rahsia di Rahsia! - Getaran, 14 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

Semasa 1 tahun yang lalu

3 Lelaki Ditahan Miliki Senjata Berbahaya, Peralatan Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN