web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Snek Perisa Kaya Butter Toast Penuhi Selera Rakyat Malaysia

Perisa terbaharu ini memberikan keunikan rasa tersendiri  kepada para pencinta makanan ringan melalui pengalaman mengunyah tanpa henti yang menyeronokkan.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2022 11:37AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties baru-baru ini memperkenalkan perisa 'Kaya Butter Toast' demi memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang sentiasa menggemari menu popular kopitiam ini.

Perisa terbaharu ini memberikan keunikan rasa tersendiri  kepada para pencinta makanan ringan melalui pengalaman mengunyah tanpa henti yang menyeronokkan.

Pada 2019, jenama ini memperkenalkan slogan ‘Embrace Your Twists' yang mengajak golongan muda untuk mengekspresi keunikan peribadi, menjadi berani dan berbeza yang akhirnya membawa kepada kewujudan perisa baharu seperti ‘Spicy Seaweed Splash’. 

Perisa 'Kaya Butter Toast' ini memperlihatkan komitmen jenama Twisties untuk terus berkembang dan berinovasi untuk kekal seiring dengan selera rakyat Malaysia. 

Ketika mencipta perisa unik 'Kaya Butter Toast', Twisties mengambil inspirasi daripada perisa tempatan dan menjadi obsesi rakyat Malaysia, seterusnya membawanya ke tahap yang lebih istimewa. 

Sebagaimana yang dapat dilihat pada masa lalu, masyarakat Malaysia sangat kreatif dalam menzahirkan rasa cinta mereka terhadap sajian tempatan seperti nasi lemak.

Dek kerana itulah, Twisties dengan bangganya membawakan perisa 'Kaya Butter Toast' ke tahap yang lebih memberangsangkan kerana yakin perisa unik tidak boleh dipisahkan daripada rakyat tempatan.  

"'Kaya Butter Toast' mencerminkan keenakan perisa tersendiri yang dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia.  Mengikuti jejak kejayaan ‘Spicy Seaweed Splash’, kami tahu rakyat Malaysia sentiasa menantikan perisa yang dapat memuaskan cita rasa mereka.

"Pihak kami yakin, 'Kaya Butter Toast' akan mendapat sambutan yang baik," ulas Pengarah Pemasaran Mondelēz Malaysia dan Singapura, Arpan Sur.

Dalam masa  sama, Arpan menjelaskan bahawa pasaran makanan ringan tempatan telah berkembang dan terdapat peningkatan yang ketara bagi makanan ringan perisa tempatan dan unik. 

"Selain mencipta perisa baharu, di Twisties, kami mengenal pasti dan menginovasi produk mengikut cita rasa tempatan, menitikberatkan minat mendalam dan obsesi rakyat Malaysia terhadap perisa tempatan.”

“Pencapaian ini merupakan detik yang mengujakan bagi kami di Twisties memandangkan inilah perisa manis yang pertama seumpamanya. Kami ingin terus menghasilkan makanan ringan yang dapat dibanggakan oleh rakyat Malaysia dan dihayati sebagai produk mereka sendiri,” tambah Arpan.

Bag meraikan kehadiran perisa terbaharu ini dan sebahagian daripada kempen #EmbraceYourObession, pelbagai barangan edisi terhad 'Kaya Butter Toast' telah dicipta khusus dan tersedia untuk dimenangi oleh peminat snek ini. 

Koleksi wajib milik ini terdiri daripada pelbagai barangan unik yang berkaitan dengan 'Kaya Butter Toast'. Antaranya ialah span mandian berbentuk roti bakar, papan kekunci permainan dengan roti bakar dan mentega, set papan catur Cina dengan roti bakar sebagai buah caturnya, rantai leher, anting-anting roti bakar dan lilin dengan haruman mentega kaya.

Twisties 'Kaya Butter Toast' kini boleh didapati di pasaran pada harga RM1.98. Perisa baharu ini menjadi sebahagian daripada pelbagai Twisties sedia ada yang menyelerakan termasuk 'Spicy Seaweed Splash', 'BBQ Curry', 'Cheddar Cheese', 'Chicken', 'Cherry Tomato', 'Chili Cheese' dan 'Thai Sweet Chili'. - Getaran, 14 Februari 2022

Gambar: Mondelez Malaysia Sdn Bhd

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Selera 2 bulan yang lalu

Menu Pizza Tropika Baharu Ceriakan Musim Perayaan

3

Selera 2 bulan yang lalu

Persiapan Akhir Raya: Hidangan Ringkas Jadi Pilihan Saat-Saat Terakhir

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN