web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kopi Teduh Ilham Dari Tiktok, Setanding Jenama Terkenal

Berguru dengan media sosial, Kopi Teduh menyediakan lebih 17 jenis minuman berasaskan kopi dan bukan kopi.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 4:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun hanya berbumbungkan langit dan di bawah teduhan sebatang pokok, gerai Kopi Teduh menyajikan kopi yang mempunyai aroma dan rasa yang setanding dengan jenama terkenal.

Pemilik gerai Siti Nurashakila Zakari, 24, berkata, ilham untuk mengusahakan ‘kopi tepi jalan’ itu timbul apabila beliau sering menonton video mengenai perniagaan seumpama itu di media sosial, khususnya aplikasi TikTok.

Katanya, kebanyakan video tersebut dimuat naik netizen dari Indonesia dan Thailand yang menunjukkan masyarakat di sana berniaga kopi yang hanya dibru di atas motosikal.

Menyifatkan perniagaan itu ringkas dan mudah, beliau bersama rakan karibnya Intan Zulsyawani Zulkifli, 24, tekad mengaplikasikan perniagaan berkonsep sama di sini, sejak akhir tahun lepas.

“Ia juga tidak memerlukan modal yang besar dan kafe (premis), iaitu kami memulakan dengan modal sekitar RM5,000 sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di gerai mereka di Taman Maju, Kota Bharu di sini.

Gerai Kopi Kedai yang sering menjadi tumpuan pelanggan.
Gerai Kopi Kedai yang sering menjadi tumpuan pelanggan.

Beliau berkata, trend perniagaan kopi jalanan masih kurang popular di Kelantan, sekali gus dapat memberi inspirasi kepada anak muda di negeri itu, bahawa mereka juga dapat berniaga walaupun tidak mempunyai modal besar.

Bercerita lanjut, mahasiswa tahun akhir Kejuruteraan Elektronik Universiti Multimedia itu berkata, YouTube menjadi ‘guru’ yang mengajar pelbagai resipi sehingga beliau dan Intan Zulsyawani berjaya menghasilkan lebih 17 jenis minuman berasaskan kopi dan bukan kopi.

Katanya, bagi mencipta kelainan, mereka memilih kaedah tradisional untuk mengekalkan aroma wangi kopi iaitu dengan menggunakan alat pembru biji kopi Moka Pot.

Malah, katanya, tidak ramai yang mampu menggunakan alat itu kerana cara penggunaannya yang agak rumit namun berbaloi kerana dapat mengekalkan rasa ‘not’ kopi yang memikat hati penggemar minuman itu. 

Siti Nurashakila Zakaria (kiri) dan Intan Zulsyawani yang rapat sejak di bangku sekolah menyiapkan minuman yang dipesan pelanggan.
Siti Nurashakila Zakaria (kiri) dan Intan Zulsyawani yang rapat sejak di bangku sekolah menyiapkan minuman yang dipesan pelanggan.

Menurut Siti Nurashakila, mereka menggunakan biji kopi berkualiti tinggi iaitu jenis Arabica dari Brazil yang diperoleh daripada pembekal tempatan.

Katanya, antara yang sering menjadi pilihan pelanggan adalah minuman Mesir Kuno Latte yang mengetengahkan rasa kayu manis, selain Nissey Kerek Latte yang menggunakan manisan nira kelapa. 

Siti Nurashakila berkata, antara cabaran dihadapi bersama Intan Zulsyawani yang juga pelajar tahun kedua Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu adalah pada hari hujan iaitu mereka terpaksa memakai baju hujan, selain kurang jualan.

“Walaupun berdepan cabaran terutama ketika musim hujan mahupun ketika ribut, sehingga ada membuatkan khemah kami tercabut, ia tidak mematahkan semangat saya dan Intan Zulsyawani untuk meneruskan perniagaan dengan berkonsepkan teduhan secara semula jadi ini,” katanya yang meraih hasil jualan hampir RM1,000 sehari.

Beliau juga bersyukur kerana dengan adanya pelbagai medium media sosial, mereka dapat mempromosikan Kopi Teduh secara lebih meluas, antaranya menerusi laman Instagram yang kini mempunyai hampir 6,000 pengikut. 

Sementara itu, seorang pelanggan tetap, Ahmad Faris Ruslan, 26, dari Pasir Mas berkata, kopi dari gerai itu menjadi pilihannya sejak dua bulan lalu kerana harganya yang murah iaitu RM4 hingga RM8 secawan, tetapi mempunyai keenakan yang setanding dengan kopi dari jenama terkenal, selain suasana gerai yang sesuai untuk bersantai bersama rakan-rakan. - Bernama

Gambar: Shahuri Saidi, Bernama 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden