web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pes Cili Korea Gochujang Boleh Masak Itu Ini

Ingin tahu bagaimana anda boleh memvariasikan resipi menggunakan pes cili korea gochujang? Mari kita lihat perkongsian berikut.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2022 6:34PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya apabila kita membuat belian untuk barangan dapur, pasti ada produk atau bahan ‘baharu’ yang akan dibeli. Biarpun tidak pasti bagaimana untuk menggunakannya dalam masakan, hati sudah terpikat.

Mulalah berangan hendak masak itu ini walaupun hakikatnya tidak punya resipi pun. 

Akhirnya produk yang dibeli terbiar begitu sahaja di atas rak. Lebih teruk lagi, terpaksa dibuang kerana sudah tamat tempoh. Pernah beli pes cili Korea gochujang? Kalau pernah, bagaimana anda gunakan dalam masakan? 

Pes cili pedas berempah ini selain boleh digunakan sebagai sos pencicah, ia juga lazat dicampurkan ke dalam hidangan tumis dan sup ramen, digaul bersama ayam goreng korea, dijadikan bahan perapan serta banyak lagi.

Gochujang boleh didapati dalam versi ringan (kurang pedas) dan pedas. Jika anda bukanlah peminat masakan pedas atau tidak tahan pedas, cuba kurangkan kuantitinya separuh daripada resipi.

Contohnya, jika resipi memerlukan dua sudu besar, mungkin anda hanya gunakan satu sudu besar. Biasakan dahulu dengan rasanya, kemudian bolehlah tambah tambah tahap kepedasan di kemudian hari. 

Jom semak, bagaimana menggunakan gochujang dalam masakan!

Bibimbap antara menu popular yang menggunakan pes gochujang.
Bibimbap antara menu popular yang menggunakan pes gochujang.

1. Sebagai sos atau bahan perasa dalam masakan, anda boleh menyediakan resipi bibimbap daging korea yang memikat selera. Tidak rumit jika anda tahu caranya.

Hidangan yang menggunakan nasi panas ini ditaburi dengan hirisan daging bulgogi, hirisan sayur campur, kimchi, pes gochujang dan telur goreng. Boleh lihat di sini untuk mendapatkan resipi mudah bibimbap.

Selain itu, anda juga boleh salutkan ayam goreng rangup dengan gochujang untuk letusan rasa luar biasa. Paling enak jika sos salutan ini ditambahkan dengan sedikit gula atau madu untuk mengimbangi rasa pedas yang menjerit. 

Ayam goreng Korea
Ayam goreng Korea

2. Gunakan sebagai bahan perapan, contohnya untuk ayam, daging, mahupun makanan laut untuk rasa pedas menyelerakan. Sama seperti sos perapan lain, lebih lama ia diperap, lebih menyerlah perisanya.

Tingkat kepedasan bergantung kepada selera anda. Selain itu, tambahkan juga rempah-rempah lain untuk mencipta paduan rasa memikat. Sebagai contoh, gochujang ini digunakan untuk perapan ayam dan daging bulgogi.

3. Buat sos pencicah. Resipi paling cepat dan mudah ialah jadikannya mayonis gochujang. Mayonis lemak berkrim dan pedas ini boleh digunakan untuk apa sahaja.

Caranya mudah sahaja, dalam mangkuk kecil, campurkan 1/2 cawan mayonis, 1 sudu besar pes gochujang dan 1 sudu besar jus limau nipis. Gaul atau pukul sehingga ramuan sebati. Sedia dihidangkan bersama makanan kegemaran anda. 

Nasi goreng yang menggunakan gochujang.
Nasi goreng yang menggunakan gochujang.

4. Jika anda penggemar ramen dan ingin cuba sediakannya sendiri, anda boleh gunakan pes gochujang sebagai asas untuk sup atau rebusan.

Masakan ini sesuai untuk anda yang mengamalkan diet rendah karbohidrat kerana sup ramen kebiasaannya menggunakan banyak sayuran selain protein. Boleh rujuk resipi ini untuk cara penyediaan hidangan ini.

5. Sediakan sarapan sihat dan menyelerakan. Selain boleh dicampurkan ke dalam sandwich telur, ayam atau daging, anda juga boleh campur pes gochujang ke dalam tumisan nasi goreng.

Lupakan hirisan cili seketika, sebaliknya campurkan pes ini untuk rasa pedas dengan sedikit rasa umami. Untuk bahan-bahan lain, boleh ikut cita rasa Malaysia. Boleh sahaja masukkan daging, makanan laut, ayam atau telur demi memanjakan lidah dan mengenyangkan perut.

Selamat mencuba! Jangan biarkan bahan-bahan dapur anda terbuang begitu sahaja! - Getaran, 31 Januari 2022

Gambar: Unsplash, whiskaffair.com & Pexel

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Peminat Ayam Goreng Korea Kena Singgah Ke Marrybrown

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

3

Gaya 2 tahun yang lalu

Bintang Bola Sepak, Son Heung-Ming Kembali Menggayakan Koleksi TUMI 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Korea, Lee Sun Kyun Ditemui Mati Di Tengah-Tengah Siasatan Dadah

Sorotan

1

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

2

Pasangan Warga Emas Maut Motosikal Dirempuh Kereta Di Tanjong Karang

3

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

4

Harimau Kumbang Di Lebuh Raya Berhampiran Tasik Kenyir, Orang Ramai Digesa Berhati-Hati

5

SUV Rempuh Surau Sekolah, 2 Wanita Indonesia Maut

6

PRN Johor: Pertahan Keputusan BN Bertanding Solo, ‘Kami Tak Khianat’ - Zahid