web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Kopitiam Sekitar Selangor Harus Kunjungi!

Hiruplah secangkir kopi dan nikmati roti bakar di lima lokasi kedai kopitiam popular ini.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 8:33AM

Gambar: Alfred, Unsplash

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain nasi lemak, menu sarapan pagi di kedai-kedai kopitiam seperti kopi dan roti bakar juga amat digemari oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Kopitiam secara harfiahnya bermaksud ‘kedai kopi’ dalam dialek Hokkien. Sejarahnya, ia mula diperkenalkan di Malaysia sejak akhir era 1800-an lagi.

Budaya kopitiam dibawa masuk oleh kaum Hainan yang berpindah ke Tanah Melayu pada ketika itu. Ramai antara mereka terlibat dalam industri makanan untuk menyara kehidupan. 

Negeri-negeri perlombongan bijih timah seperti Perak dan Selangor menjadi tumpuan utama untuk mereka bermastautin secara bergenerasi, sehingga sekarang.

Baiklah, tanpa membuang masa berikut kami senaraikan lima kopitiam terkenal sekitar Selangor yang perlu anda kunjungi untuk menikmati rasa kopi asli dan roti bakar klasik yang lazat!

Gambar: IG @masz_princesshoneybee
Gambar: IG @masz_princesshoneybee

#1 Auntie Kopitiam

Terletak di Kuala Selangor, Auntie Kopitiam telah dibuka sejak tahun 1935.

Dek kerana sejarahnya, banyak rancangan makanan televisyen telah dirakamkan di sini. 

Selain menghirup secangkir kopi Hainan tradisional yang enak, terdapat juga menu sarapan lain seperti nasi lemak, kuih-muih dan banyak lagi. 

Hidangan terbaik di sini? Tentulah mi kari laksa!

Gambar: IG @health_eat_fit
Gambar: IG @health_eat_fit

#2 Thong Kee Cafe

Terletak di daerah Petaling, pemiliknya memiliki pengalaman lebih dari 30 tahun dalam arena kopitiam. Dia telah mencipta '1+1 Cham Peng' iaitu minuman gabungan kopi dan teh istimewa.

Menu istimewa ini telah mendapat sambutan hangat dan menggalakkan dari pelanggan, sehingga ia masyhur dan masih terkenal walaupun 30 tahun lalu sudah berlalu.

Kopitiam ini juga menyajikan pelbagai menu sarapan pagi seperti roti bakar, telur separuh masak dan aneka roti. 

Gambar: IG @cheejinqshyan_188
Gambar: IG @cheejinqshyan_188

#3 Chong Kok Kopitiam

Beroperasi sejak 1940, dahulunya sebuah hotel, namun kini ia berubah menjadi sebuah kopitiam.

Terletak di Klang, kopitiam ini menawarkan menu telur separuh masak popular yang menggunakan mesin khas untuk proses penyediaannya.

Cara unik ini menjadikan telur separuh masak mereka lebih lemak dan berkrim, berbanding kaedah konvensional. 

Gambar: FB Nam Wah Kopitiam
Gambar: FB Nam Wah Kopitiam

#4 Nam Wah Kopitiam Bt 18

Kopitiam ini adalah salah satu lokasi persinggahan paling terkenal dalam kalangan penunggang basikal kerana ia terletak berdekatan dengan trek laluan sikal semula jadi di Hulu Langat.

Jadi, tidak hairan sekiranya anda bertemu dengan ramai penunggang basikal semasa anda menjamu selera di kopitiam ini.

Kopitiam ini terkenal dengan sajian roti bakar bersama kaya dan kuah kari yang enak!

Gambar: IG @carrine.yap
Gambar: IG @carrine.yap

#5 Kedai Makan Hailam Sun Sun Cheong

Terletak di Hulu Selangor, kopitiam ini antara kopitiam yang paling lama beroperasi di Malaysia. Menariknya, menu asli mereka iaitu mi Hailam tidak pernah berubah sejak 100 tahun yang lalu. 

Selain itu, chicken chop Hailam juga merupakan menu istimewa kopitiam ini. Menu ini dicipta sejak zaman penjajahan British lagi. Ia menu gabungan barat dan timur.

Jangan risau, Kedai Makan Hailam Sun Sun Cheong memiliki sijil Halal yang sah! Jadi anda boleh menjamu selera tanpa ragu-ragu! - Getaran, 17 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN