web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Makan Besar Tiga Hari Berturut-Turut

Selama tiga hari berturut-turut, bermula 12 hingga 14 Januari 2022, anda akan dihidangkan dengan tawaran menyelerakan seperti baucar, tawaran hebat, serta diskaun dan promosi istimewa.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jan 2022 8:37AM

Gambar Hiasan, Pexels

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Pepatah popular ini cukup sesuai untuk meraikan ‘durian runtuh’ yang ditawarkan oleh ShopeeFood. 

Bagi meraikan penganjuran ShopeeFood Day, penyedia khidmat tempahan makanan di dalam talian ini menawarkan pelbagai tawaran hebat kepada pengguna Shopee yang setia.

Selama tiga hari berturut-turut, bermula 12 hingga 14 Januari 2022, anda akan dihidangkan dengan tawaran menyelerakan seperti baucar, tawaran hebat, serta diskaun dan promosi istimewa supaya anda boleh meraikan lebih banyak sesi makan sendiri atau bersama keluarga dan rakan apabila membuat bayaran menggunakan ShopeePay.

Tidak perlu teragak-agak atau bertangguh lagi untuk mengadakan jamuan besar bagi melunaskan giliran anda membelanja kawan-kawan atau keluarga. 

Malah, anda juga boleh tersenyum riang kerana selain dapat menikmati penghantaran percuma sepanjang hari, anda juga boleh menikmati baucar diskaun 50% dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk sepanjang hari.

Dengan syarat, tempahan atau pesanan dibuat di kedai yang mengambil bahagian seperti Oldtown White Coffee, Juicy Fresh, Salad Atelier, Agrain, Daboba, Wings of New York, HOMI Curry Puff, Tiger Sugar, Mad Mex Fresh Mexican dan banyak lagi.

Jika anda salah seorang pemburu promosi tegar, ‘permainan’ daripada ShopeeFood ini menjadi semakin menarik di mana anda boleh dapatkan ganjaran tambahan berbentuk baucar terhad antara jam 3:00 hingga 5:00 petang. 

Dalam tempoh ini, anda boleh dapat diskaun menarik sehingga 60% setiap hari apabila memesan dengan ShopeeFood.

Tidak cukup dengan itu, anda juga layak untuk bertanding bagi memenangi hadiah menarik bernilai RM5,200 jika berbelanja minimum RM20 di mana-mana kedai yang mengambil bahagian dalam ‘Super Deals’. 

Jika bertuah, anda mungkin membawa pulang peralatan KitchenAid eksklusif dan baucar ShopeeFood.

ShopeeFood bukan satu-satunya yang menawarkan pelbagai tawaran hebat. 

Dari 11 Januari hingga 2 Februari, pengguna aplikasi Shopee juga boleh merebut tawaran hebat sempena Jualan CNY (Tahun Baru Cina) Shopee. 

Jika tidak mahu ketinggalan dengan tawaran berbaloi-baloi ini, anda boleh layari  Shopee Food Day untuk maklumat lanjut.

Perlu diingatkan, setiap tawaran tertakluk kepada terma dan syarat. - Getaran, 10 Januari 2022

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden