Protein merupakan aspek yang penting dalam setiap diet pemakanan bagi menjana tenaga. Ini kerana ia merupakan makronutrien penting yang diperlukan oleh setiap sel dalam badan.
Demi mengekalkan kesihatan yang baik serta meningkatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh badan, ianya penting untuk kita memantau tabiat pemakanan harian.
Pada masa kini, amat penting untuk mengamalkan pengambilan protein yang mencukupi dalam usaha untuk kekal sihat. Masyarakat juga telah mula memberi penekanan kepada gaya hidup sihat.
Kajian dijalankan oleh Kementerian Kesihatan telah menunjukkan bahawa pengambilan protein rakyat Malaysia secara purata sebanyak 57g adalah lebih rendah berbanding jumlah pengambilan yang disarankan oleh Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 83g sehari.
Masalah kekurangan protein boleh meningkatkan risiko penyakit kulit, rambut dan kuku serta masalah tulang rapuh, kehilangan otot dan jangkitan.

Amway Malaysia, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan amat percaya kepada kepentingan pengambilan protein, keperluan untuk menguatkan sistem pertahanan badan serta kepentingan untuk mempraktikkan gaya hidup sihat.
Ketika negara bersedia untuk beralih ke peringkat endemik, Amway Malaysia mensasarkan untuk memupuk kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk meningkatkan kadar pengambilan protein untuk kekal sihat dan kuat.
Baru-baru ini, Amway Malaysia mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 rakyat Malaysia mula mempunyai kesedaran untuk menjalani gaya hidup sihat serta mengambil berat tentang sumber makanan harian mereka.
Kajian Pengguna Amway Global yang dijalankan ke atas 1,000 rakyat Malaysia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah berjaya membuat suatu perubahan positif sepanjang tempoh pandemik seperti mengamalkan diet (53%), mengamalkan rutin kecergasan (55%), pengambilan multivitamin atau suplemen (56%) dan penjagaan diri (45%).
Selain itu, sebanyak 74% pengguna di Malaysia juga telah melihat keberkesanan sebagai faktor penting yang mempengaruhi seseorang dalam membuat keputusan untuk membeli produk-produk kesihatan.
Hasil kajian tersebut menggambarkan bahawa rakyat Malaysia berhati-hati dengan pengambilan makanan mereka dalam usaha untuk kekal sihat serta mengamalkan gaya hidup lebih sihat dan terjamin, lebih-lebih lagi di musim pandemik.
Keperluan untuk mengambil tahu tentang sumber dan kandungan sesuatu produk memberi impak yang besar dalam mempengaruhi kepercayaan pengguna terhadap sesebuah syarikat.
Protein bukan hanya bina otot
Pakar pemakanan, Indra Balaratnam mengulas, orang ramai kini mula menjalani kehidupan yang lebih baik semasa pandemik, di mana mereka secara sendirinya telah mula belajar tentang ilmu nutrisi untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

Bagaimanapun, secara amnya masyarakat lebih mengenali protein sebagai suplemen untuk pembinaan otot diikuti dengan senaman dan dalam masa sama telah mengabaikan fungsinya untuk membaiki tisu badan, mengekalkan jisim otot serta menjana tenaga.
“Protein amatlah penting bagi mendapatkan kesihatan yang baik. Manfaatnya berkait dengan perkembangan tubuh badan, metabolisma, pemulihan, keseimbangan cecair serta kesihatan imun.”
“Bagi menjamin kadar pengambilan yang mencukupi, anda boleh mengambil makanan seperti daging, ikan, telur, produk tenusu, biji-bijian dan kekacang secara mudahnya. Anda juga dinasihatkan untuk mengambil serbuk protein bagi melengkapi kekurangan protein, bergantung kepada keperluan badan anda,” ujar beliau.
Sementara itu, Pengarah Urusan Amway Malaysia, Singapura dan Brunei, Mike Duong, berkata, orang ramai haruslah sentiasa peka dengan keperluan tubuh badan di samping mempunyai kesedaran untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Hal ini bagi memastikan kita mendapat nutrisi yang tepat.
“Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Sehubungan itu, kami di Amway komited untuk memberi pendedahan kepada orang ramai dengan ilmu yang betul mengenai kesihatan dan gaya hidup sihat agar mereka dapat membuat keputusan yang bijak berkaitan dengan kesihatan serta keseimbangan gaya hidup mereka.”
"Jenama suplemen protein Amway, Nutrilite™ menawarkan akses pengambilan protein yang diperlukan oleh tubuh badan. Ia asli, selamat dan berkesan dalam melengkapkan pengambilan protein setiap pengguna.
"Tambahan lagi, produk-produk ini telah ditanam, dituai serta diproses di ladang organik Amway yang diperakui,” ujar beliau.
Bagi mempertingkatkan lagi kefahaman tentang protein serta kepentingan untuk mempunyai sistem ketahanan badan, Amway sedang mengorak langkah menganjurkan sebuah kempen kolaborasi bersama pakar kesihatan, pakar pemakanan dan pempengaruh sosial dalam berkongsi tentang kepakaran serta pandangan mereka demi menggalakkan pengambilan kadar harian protein yang tepat.
Amway juga akan menganjurkan sebuah program secara maya yang dikenali sebagai, ‘Start Your Day Right with A Healthier Drink’ pada Januari nanti, di laman Facebook Amway. Sesi tersebut akan diulas oleh panel-panel yang terdiri daripada pakar nutrisi, jurulatih kecergasan serta pakar pemakanan. - Getaran, 6 Disember 2021