Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Model Terkenal Buang Rasa Malu, Berniaga Air Tepi Jalan

Statusnya sebagai model fesyen terkenal tidak menghalang Joharee untuk memulakan perniagaan air minuman di tepi jalan demi kelangsungan hidup di saat dunia dilanda pandemik COVID-19.

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 2:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dia pernah bergelar model fesyen terkenal dan muncul di hadapan kulit majalah Glam Lelaki, Muhammad Joharee bin Johari, 31, kini bergelar usahawan air minuman sepenuh masa.

Akur dengan situasi pandemik COVID-19, ramai yang terkesan termasuklah dirinya dan isteri yang merupakan bekas pramugari. 

Mereka ketepikan soal malu dan memulakan perniagaan menjual air minuman berasaskan kopi dan teh di tepi jalan yang diberi nama The DaunKopi berdekatan kediaman mereka yang terletak di Jalan Bahagia, Kelana Jaya sejak bulan Ogos lalu. 

Pembedahan jantung pada tahun 2019 membuatkan Joharee terpaksa berehat lama sebelum kembali bekerja pada tahun 2020. Namun baru sahaja beberapa bulan bekerja, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan hingga menyebabkan dia kehilangan mata pencarian. 

Kemudian dia mencuba nasib bekerja di sebuah pusat panggilan dengan permulaan gaji pokok yang rendah dan mengharapkan komisen dari setiap panggilan. Tetapi tidak bertahan lama.

“Sepanjang saya bekerja di situ saya sudah mula berbincang dengan ibu dan adik apa yang saya harus lakukan kerana saya rasa telemarketing bukan bidang saya.

“Selepas habis tempoh percubaan selama sebulan, saya nekad untuk berhenti dan merancang untuk memulakan perniagaan,” jelasnya.

Menurut Joharee, dia bersyukur kerana ibunya banyak membantunya memulakan perniagaan ini. 

“Alhamdulillah, saya bernasib baik kerana ibu mahu menolong saya. Modal untuk memulakan perniagaan ini agak banyak juga sebenarnya, kerana saya tidak mahu membuat perniagaan yang sambil lewa. Saya mahu jaga kualiti.

”Banyak barang yang harus dibeli seperti khemah, meja, tong simpanan, serta bahan membuat minuman. Alhamdulillah, dalam masa dua tiga bulan ni memang kita dapat kumpul balik duit modal,” tambahnya.

Bercerita lanjut mengenai permulaan perniagaannya, kata Joharee sewaktu minggu pertama berniaga, pelanggan masih tidak ramai kerana gerai mereka masih belum dikenali ramai.

“Masuk minggu kedua pelanggan sudah mula ramai melangkaui jangkaan. Kami telah menetapkan sasaran, Alhamdullillah kami dapat gandakan sasaran itu.

“Paling banyak hasil jualan yang pernah kami capai ialah 200 cawan. Secara puratanya setiap hari kami boleh menjual sebanyak 120 hingga 150 cawan minuman,” katanya.

Dijual dengan harga bermula RM6 secawan, resepi untuk setiap minuman yang dijual adalah hasil ciptaan mereka sendiri.

“Adik saya pernah bekerja sebagai barista di sebuah kedai kopi terkemuka sebelum ini. Jadi dia mempunyai pengalaman dalam membancuh air.

“Tetapi resepi memang kita buat sendiri. Setakat ini, Alhamdulillah maklum balas yang kami terima daripada pelanggan sangat bagus,” katanya.

Sebagai seorang model, pastinya wajah kacak Joharee dikenali ramai. Ditanya adakah dia pernah berasa malu untuk berniaga air di tepi jalan, katanya perasaan itu pernah singgah dihatinya satu ketika dahulu.

“Sejujurnya saya pernah terfikir apa orang akan cakap pasal saya jika saya buat perniagaan ini.

“Sebelum ini kononnya saya jaga standard. 'Aku model, kalau aku kerja macam ni mesti orang cakap kau ni ‘sangkak’ la, tak laku la. Sebelum ini orang pandang aku macam selebriti. Pergi mana-mana pun kadang-kadang ada orang yang tegur.'

“Tetapi bila saya fikir balik, orang-orang yang akan bercakap tu tak akan membantu saya pun. Waktu sebegini terutamanya PKP, tak ada orang pun yang boleh tolong kita melainkan diri kita sendiri. 

“Sekarang ini pun ramai selebriti yang terpaksa berniaga di tepi jalan kerana mahu meneruskan kelangsungan hidup. Sebelum ini, mungkin mereka juga terfikir perkara yang sama seperti saya.

“Tetapi kalau kita malu, kita akan terus tersekat di situ sahaja. Kalau lepas ni ada orang nak cakap pasal saya, lantaklah. Yang penting saya boleh bertahan dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” katanya. 

Biarpun baru empat bulan beroperasi, tetapi jumlah bilangan pengikut akaun Instagram The DaunKopi telah mencecah lebih dari 4,800.

Mereka juga aktif mengemaskini akaun Instagram dengan memaparkan menu-menu yang terdapat di The DaunKopi.

“Saya rasa sangat terharu kerana ada pelanggan yang datang jauh dari negeri Pahang. Bila saya tanya macam mana mereka tahu tentang kedai saya, kata mereka melalui Instagram. Mereka datang semata-mata nak cuba air di The DaunKopi,” katanya. 

Melihatkan usahanya untuk berniaga membuahkan hasil, Joharee berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaannya dari segi penambahbaikan menu serta menambah menu baru seperti makanan untuk kudapan kerana mendapat permintaan daripada pelanggan yang datang ke gerainya. 

“Apa yang saya boleh nasihatkan kepada orang di luar sana melalui pengalaman yang saya lalui, kalau kita tidak mulakan, kita tidak akan tahu apa yang akan datang.

“Tak guna untuk fikir apa yang orang cakap pasal kita kerana bukan mereka yang bayar bil kita dan beri kita makan.

“Untuk mulakan perniagaan, tidak semestinya memerlukan modal yang besar. Sekarang pun banyak bantuan dana untuk peniaga-peniaga kecil. Kita boleh semak kelayakan kita.” - Getaran, 22 November 2021

#PetraKasih ialah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di alamat email [email protected] 

Gambar : Helmi Anuar Menggunakan iPhone 13

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 bulan yang lalu

Pasport: Imigresen Laksana Permohonan Online Sepenuhnya Di 3 Cawangan Mulai Jun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan LRT Laluan Kelana Jaya: Rapid Rail Aktifkan Rel Alternatif

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gangguan Suis Jejas Jadual Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya

4

Semasa 1 tahun yang lalu

LRT Laluan Kelana Jaya Alami Gangguan Sistem Brek

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN