Berita Terkini

13 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Menu Burger Chicken Grilled, Ayam Crispy Bantu Jana Pendapatan

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2021 12:09PM

Fikriamin menyiapkan menu burger ayam grilled yang ditempah pelanggan melalui aplikasi Facebook dan WhatsApp.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PEKAN - Sejak pandemik COVID-19 melanda negara awal tahun lalu, tidak dinafikan ramai peniaga kecil berdepan kesukaran untuk meneruskan perniagaan mereka berikutan kekangan pergerakan dan sikap pengguna yang lebih berhati-hati sebelum berbelanja.

Ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan, ramai peniaga terpaksa mengambil keputusan menghentikan seketika operasi, bahkan ada yang menutup terus perniagaan diusahakan berikutan tidak lagi mampu menanggung kerugian.

Perkara itu turut dialami Fikriamin Adenan, 44 tahun, yang sebelum ini memiliki kedai aksesori telefon bimbit di Bandar DARA Chini, dekat sini.

Fikriamin bersama sebahagian burger ayam grilled yang sudah siap untuk diagihkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.
Fikriamin bersama sebahagian burger ayam grilled yang sudah siap untuk diagihkan kepada pelanggan yang membuat tempahan.

Dia yang memulakan perniagaan itu sejak kira-kira 10 tahun lalu, akhirnya terpaksa membuat keputusan menutup terus kedai berkenaan dan menumpukan kepada tugas sebagai jurugambar sambilan yang menjanjikan pulangan agak lumayan selepas mendirikan rumah tangga. 

Fikriamin kemudiannya berhijrah ke Labuan pada Julai tahun lalu bagi menemani isterinya yang bertugas sebagai guru di sana. 

Sepanjang di sana, dia mula menambah kemahiran menghasilkan pelbagai jenis burger, termasuk mencipta sos lada hitam menggunakan ramuan sendiri. 

Dia juga mengusahakan gerai burger yang mendapat sambutan baik daripada penduduk setempat dan susulan itu, menyuntik semangatnya untuk terus menambahkan lagi pengetahuan dalam menepati citarasa pelanggan. 

Fikriamin kemudiannya kembali ke Semenanjung selepas permohonan isterinya untuk berpindah diluluskan Kementerian Pendidikan awal tahun ini dan ditempatkan di sebuah sekolah di Negeri Sembilan. 

“Kami menerima berita itu antara gembira dan sedih kerana akhirnya dia (isteri) dapat bertugas di sekolah berhampiran dengan rumah keluarganya, namun saya perlu memulakan semula perniagaan bagi meneruskan kelangsungan hidup. 

“Saya kemudiannya ambil keputusan untuk kembali ke Chini dan memulakan perniagaan burger dari rumah, manakala dia pula tinggal di Negeri Sembilan bersama dua anak kami, seminggu sekali atau ketika cuti umum, saya akan ke sana untuk bersama mereka,” katanya. 

Antara pelanggan setia yang mendapatkan pesanan mereka di gerai sementara diusahakan Fikriamin.
Antara pelanggan setia yang mendapatkan pesanan mereka di gerai sementara diusahakan Fikriamin.

Enggan terus menyerah kalah dan hanya bergantung kepada nasib, Fikriamin yang kebetulan mempunyai kepakaran dalam masakan, memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah, menyediakan pelbagai menu makanan barat dan tradisional yang sememangnya memiliki peminat tersendiri. 

“Semua proses membeli dan menyiapkan bahan masakan semuanya saya lakukan sendiri dan Alhamdulillah, sambutan diterima daripada penduduk sekitar sangat baik. 

“Ada ketikanya menu saya sediakan seperti burger ayam crispy dan grilled chicken burger turut mendapat tempahan daripada pelanggan di Kuantan dan Pekan,” kata ketika ditemui di kediamannya. 

Dia menggunakan sepenuhnya aplikasi media sosial Facebook dan WhatsApp untuk mempromosikan menu ditawarkan dan pelanggan perlu menempah menu dikehendaki sehari sebelumnya. 

“Buat masa ini, saya gunakan konsep pre order kerana semuanya saya buat sendiri, masak, bungkus dan hantar. Jadi, kalau ambil tempahan secara on the spot, susah juga saya nak uruskan. 

“Adakalanya saya terpaksa menolak tempahan dibuat pelanggan kerana faktor jarak, macam dari sini ke Kuantan jaraknya kira-kira 90 kilometer dan mengambil masa untuk saya hantar, kecuali tempahan dibuat itu dalam kuantiti yang banyak dan berbaloi untuk (menampung) kos penghantaran,” katanya. 

Buat masa ini, dia berkata, kebanyakan pelanggannya adalah dari kawasan sekitar FELDA Chini yang memiliki lima tanah rancangan dan perkampungan tradisional lain. 

Selain menggunakan konsep tempahan awal, Fikriamin juga bekerjasama dengan rakannya yang berniaga kopi bergerak dan menjadikan pelbagai lokasi tumpuan sekitar Bandar DARA Chini sebagai tapak jualan. 

Pelanggan Fikriamin mengambil pesanan yang ditempah awal.
Pelanggan Fikriamin mengambil pesanan yang ditempah awal.

“Saya sedang mengumpul modal untuk membuka gerai kekal dan lokasi gerai itu juga sudah ada, cuma tunggu modal cukup. 

“Kalau ditanya kenapa saya pilih untuk menjual pelbagai jenis burger dan bukan menu atau makanan lain, saya akui memang suka bereksperimen dan saya fikir ia bukanlah menu untuk orang bandar sahaja.

“Penerimaan pelanggan di sini juga sangat baik dan ramai membuat tempahan berulang, ada juga yang meminta saya menambahkan lagi jumlah jualan memandangkan saya hanya buat mengikut jumlah tempahan diterima,” katanya. 

Buat masa ini, dia mampu menjual sehingga 50 biji burger pelbagai jenis setiap kali tempahan dibuka dan dapat menjana pendapatan tambahan bagi menampung perbelanjaan keluarganya. 

Selain itu, perkhidmatan Fikriamin sebagai jurugambar sambilan juga masih mendapat kepercayaan daripada pelanggan dan sekali gus dapat memberi kelebihan kepadanya menjana pendapatan sampingan. - Getaran, 8 November 2021

#PetraKasih adalah sebuah inisiatif di bawah Yayasan Vinod Sekhar (Vinod Sekhar Foundation) untuk membantu para peniaga kecil di luar sana. Setiap minggu, kami di Getaran akan berkongsi kisah peniaga yang berbeza. Jika anda kenal peniaga kecil di kawasan anda dan rasa mereka layak untuk dipaparkan, anda boleh hubungi kami di [email protected]

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Hampir 20,000 Buah Mangga Malaysia Dilupuskan Di Riau

2

Stoking Kalimah Allah: Jangan Ambil Tindakan Sendiri - KPN

3

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

4

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

5

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

6

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

7

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Wanita Hari Ini, Mydin Bergabung Salur Bantuan Kepada Anggota Barisan Hadapan

oleh Rahayu MN

Gaya 44 minit yang lalu

Aidilfitri: Samping 'Segera' Lebih Mudah, Kemas Dan Semakin Jadi Pilihan 

Selera 1 hari yang lalu

Ketupat Mohd Zaim, Tak Perlu Tunggu Hari Raya

Jelajah 1 hari yang lalu

Wau LED Hiasi Langit Malam Kampung Panchor 

oleh Rafisqi Radhi