web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Burger Ayam Tinggi Serat Pilihan Lebih Sihat

Patti ayam enak, sihat dan berserat tinggi? Segalanya mungkin dengan perkembangan teknologi dan inovasi makanan terkini.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Oct 2021 9:20AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selalunya, apabila bercakap tentang burger, pasti ramai yang terus membuat kesimpulan ia tidak sihat, tinggi lemak, kalori dan menjejaskan diet terutamanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. 

Pendapat itu ada benarnya kerana sebiji burger ayam biasanya mempunyai di antara 300 hingga 500 kalori.

Selain itu patti ayam selalunya bukanlah diolah daripada isi ayam semata-mata. Ada yang mencampurkan bahagian lemak dan kulit ayam.

Namun, seiring dengan perkembangan teknologi makanan, kini anda sudah boleh menikmati hidangan burger dengan cara yang lebih sihat. 

Phuture®, syarikat pemula dalam bidang teknologi dan inovasi makanan di Malaysia, baru-baru ini melancarkan rangkaian ‘High-Fiber Chick'n yang terdiri daripada pelbagai jenis patti dada ayam, ayam popcorn dan kepingan dada ayam berasaskan tumbuh-tumbuhan,

Rangkaian produk terbaharu ini merupakan sebahagian daripada pelbagai pilihan produk Phuture®  yang berasaskan tumbuhan berserat tinggi.

Ia sesuai dengan misi syarikat untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih berkhasiat tanpa mengabaikan keenakkan rasa makanan yang digemari.

Rangkaian Phuture® High-Fiber Chick'n diciptakan secara inovatif menggunakan ramuan Phuture® yang merupakan campuran empat serat yang terdiri daripada serat larut dan tidak larut seperti serat oat, serat epal dan lain-lain untuk mereplikasi tekstur dan rasa ayam secara semula jadi dan membantu rakyat Malaysia memenuhi keperluan diet harian.

Percayalah burger ayam Phuture® tidak akan mengewakan. Memandangkan patti ayamnya padat dengan kandungan serat, sebiji burger sudah cukup mengenyangkan.

Bahkan, ada kemungkinan tidak habis dimakan jika anda ‘berperut kecil’. Jika memesan hidangan kombo yang lengkap dengan minuman dan kentang goreng untuk makan tengahari, tidak mustahil anda akan kenyang sehingga ke petang.

Dalam masa yang sama, anda juga tidak akan terganggu dengan rasanya. Tiada yang pelik, tetapi enak dan tidak keterlaluan jika dikatakan lebih sedap daripada burger yang dihidangkan di restoran makanan segera popular.

Berikut adalah beberapa fakta penting lain tentang rangkaian Phuture® High-Fiber Chick'n yang anda mesti tahu:

1. Mengandungi 13 gram serat (separuh jumlah serat yang diperlukan setiap hari hanya dalam satu hidangan). Jadi, ia sudah pasti membantu rakyat Malaysia meningkatkan pengambilan serat harian.

2. 35% hingga 45% kurang lemak dan 45% lebih sedikit natrium berbanding dengan 100 gram ayam goreng biasa.

3. Mengandungi 11 gram beras dan protein soya ‘non-GMO’ untuk setiap hidangan, yang merupakan sumber vitamin D, kalsium, kalium dan zat besi yang baik.

4. Disahkan halal oleh JAKIM, bebas bahan pengawet dan tidak mempunyai gula serta MSG tambahan.

5. Selain itu, inovasi lestari Phuture® High-Fiber Chick'n mengikuti matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu - Sustainable Development Goal 2 (mengakhiri kelaparan dan meraih makanan yang selamat) dan Sustainable Development Goal 3 (kesihatan dan kesejahteraan yang baik).

Hidangan lazat High-Fiber Chick'n boleh dipesan di laman web ini dan restoran-restoran terpilih. Selain itu anda juga boleh melayari laman sesawang Phuture® untuk mendapatkan maklumat lanjut. - Getaran, 11 Oktober

Semua gambar: Ihsan Phuture

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 2 tahun yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

oleh Rahayu MN