Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nikmat Hari Raya Di Rumah Ketupat Cafe

Aneka juadah autentik lebaran menanti pelanggan seperti ketupat nasi, ketupat daun palas, lepat loi, burasak, rendang ayam, rendang daging cili padi, daging masak hitam, serunding kelapa udang kering dan kuah kacang. 

Selera Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 2:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menikmati hidangan istimewa Syawal pada hari-hari biasa bukanlah sesuatu yang pelik pada masa ini. Juadah ketupat, lemang, rendang, lontong dan dodol boleh dinikmati pada bila-bila masa memandangkan sudah banyak terjual di pasaran. Sama ada di restoran, cafe mahupun secara dalam talian. 

Namun begitu jika anda pencinta makanan bercita rasa tinggi serta mementingkan kesempurnaan, panjangkanlah langkah ke Rumah Ketupat Cafe yang terletak Seksyen 13, Shah Alam. Cafe yang diusahakan oleh Mohd Johari Awang ini berjaya menambat hati ramai warga Shah Alam yang memburu juadah membangkitkan selera. 

Mula beroperasi sejak 1 Julai 2019, Rumah Ketupat tidak bergantung kepada kuasa viral untuk meraih nama, sebaliknya ia tampil bergaya dengan variasi hidangan yang sangat istimewa.

Sesuai dengan namanya, Rumah Ketupat Cafe menghidangkan juadah autentik yang selalunya dinikmati pada sambutan Aidilfitri. Bukan terhad kepada ketupat nasi, tetapi ada ketupat daun palas, lepat loi, burasak, rendang ayam, rendang daging cili padi, daging masak hitam, serunding kelapa udang kering dan kuah kacang. 

Malah, terdapat banyak lagi masakan tradisi yang tersenarai di dalam menu seperti lontong, nasi minyak ayam masak merah, pulut kuning dan asam pedas tebu hitam yang menjadi buruan ramai.

Kenapa menjadi buruan ramai? Pasti kerana rasanya yang unik dan sukar ditemui di tempat lain, atau mungkin tiada.

Peluang bertamu di Rumah Ketupat baru-baru membuatkan hati ini sedikit berbunga-bunga. Maklumlah selepas dua tahun tidak dapat beraya di kampung, juadah hari raya pun tidak sempurna.

Sebaik dihidangkan dengan set talam ketupat dan rendang, nafsu makan tidak dapat ditahan-tahan lagi. 

Rendang daging cili padi dan daging masak hitam adalah bintang utama untuk set ini. Ini diikuti dengan rendang ayam, burasak, lepat loi dan lain-lain. Semuanya enak. Sempurna!

Set asam pedas tebu hitam ikan jenahak turut menjadi habuan pada petang itu. Suapan pertama mencipta letusan rasa memikat. Benar, rasanya lain daripada lain. Tidak sama seperti asam pedas Melaka yang popular satu Malaysia itu. Kesegaran isi ikan juga terserlah. 

"Asam pedas tebu hitam ini memang istimewa sebab ia berikan rasa manis semulajadi. Kami gunakan ikan jenahak, tenggiri serta ikan parang dan di antara ketiga-tiga jenis ikan ini, ikan parang paling popular.

"Sebab apa? Ini kerana kami gunakan ikan parang bersaiz besar, bukan yang kecil. Ikan parang bersaiz besarnya rasanya lebih manis berlemak dan ini menjadikan kuah asam pedas lebih mewah rasanya.

"Ditambah pula dengan kehadiran tebu. Memang boleh buat pelanggan teringat-ingat. Bahkan, hendak makan pun senang sebab tulang-tulangnya mudah diasingkan berbanding ikan parang bersaiz kecil," cerita Chef Johari apabila saya ingin tahu tentang keistimewaan menu yang satu ini. 

Semua hidangan di masak di dapur sendiri

Berkongsi cerita tentang konsep yang ditampilkan, Chef Johari memberitahu Rumah Ketupat Cafe diilhamkan oleh isterinya, Lailatun Khalilah Nasir yang merupakan mantan editor akhbar Sinar Harian. 

"Sebelum membuka kafe ini, saya buat bisnes katering. Tempat ini merupakan dapur utama untuk memasak setiap hidangan yang ditempah. Setelah beberapa lama, saya dan isteri terfikir untuk jadikan kafe memandangkan bahagian depan tempat ini tidak terusik. Daripada dibiarkan begitu sahaja, lebih baik kami usahakan sesuatu.”

"Mula-mula rancang nak jual makanan barat, tetapi isteri saya tidak setuju kerana sudah terlalu banyak restoran atau kafe yang menjual menu ini. Isteri saya cadangkan kami jual masakan Melayu tetapi pilih menu yang istimewa.

"Hasil perbincangan, kami pilih ketupat sebagai tarikan utama dan namakan tempat ini sebagai Rumah Ketupat Cafe. Saya setuju sebab setahu saya, belum ada lagi tempat makan yang tampil dengan konsep sebegini," ujar Chef Johari yang pernah bergelumang dengan dunia perhotelan lebih 20 tahun. 

Ketika ditanya bagaimana memastikan semua hidangan sentiasa ada, dia memberitahu setiap menu dihasilkan di dapur kafe ini, kecuali burasak.

"Semua hidangan kami buat sendiri, kecuali burasak. Menu istimewa orang Bugis ini kakak ipar di Johor yang sediakan kerana proses penyediaannya agak rumit.  Ambil masa 8 jam untuk direbus dan ia menggunakan daun pisang yang banyak untuk balutan.

"Jadi, lebih mudah kalau orang kampung yang sediakan. Setiap minggu saya akan ke Johor untuk ambil bekalan burasak. Setakat ini, kami tidak pernah terputus bekalan mana-mana bahan masakan," ujar Chef Johari. 

Anda boleh mengikuti akaun Instagram @rumahketupatofficial untuk dapatkan info lebih lanjut tentang Rumah Ketupat Cafe. Selalunya akan ada menu istimewa yang dibawakan oleh Chef Johari jika ada permintaan seperti asam pedas gearbox dan Ketupat Sotong Terengganu. Selain itu, anda juga boleh menempah pek berkat untuk dihadiah kepada keluarga dan kawan-kawan. - Getaran, 20 September 2021

Gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Bekalan Bahan Mentah Mencukupi Sepanjang Syawal - KPKM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kutuk Serangan Rejim Israel Ke Atas Gaza Ketika Aidilfitri 

3

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Sambut Raya Gaya Kampung Sungai Tiram

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Aliran Trafik Mula Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki