web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Resipi Mudah : Sambal Ikan Bilis, Kentang Dan Tempe

Jika sudah buntu mahu masak apa di rumah, apa kata anda cuba resepi yang pasti tidak bosan untuk dinikmati iaitu sambal ikan bilis, kentang dan tempe.

Selera Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:04AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Melihat rupanya sahaja sudah boleh memecah selera!  Tidak perlu berlebihan, cukup sekadar dipadankan bersama nasi putih panas. Pasti bertambah pinggan! Ya, itulah penangan sambal ikan bilis, kentang dan tempe.

Sebenarnya proses untuk membuat sambal ini tidaklah sesukar mana. Bahan-bahannya juga mudah didapati. 

Jadi apa lagi alasan anda untuk tidak memasaknya sendiri? 

Getaran kongsikan resepi sambal ikan bilis, kentang dan tempe yang disediakan oleh penulis sendiri.

 

Bahan - Bahan

Ikan Bilis 

Ubi Kentang

Tempe 

Bawang Merah

Bawang Putih

Cili Kering

Sos Cili

Sos Tiram

Gula 

Kunyit

Minyak Masak

 

Cara-Cara Penyediaan

1) Potong nipis ubi kentang dan juga tempe kemudian gaulkan bersama sedikit kunyit dan goreng garing.

2) Cuci ikan bilis sehingga bersih kemudian gorengkan di dalam minyak yang sama.

3) Kisar bawang merah bersama bawang putih kemudian tumiskan sehingga kekuningan.

4) Masukkan pula cili kering yang telah dikisar dan masak sehingga pecah minyak.

5) Kemudian masukkan gula dan kacau hingga sebati. Selepas masukkan gula, warna sambal akan berubah menjadi lebih gelap dan cantik.

6) Selepas itu masukkan sos cili dan sos tiram. Penggunaan dua jenis sos ini akan membuatkan sambal menjadi lebih pekat. Jika tidak gemar, boleh digantikan dengan air asam jawa.

7) Tumis sehingga sambal masak kemudian perlahankan api dan masukkan ikan bilis serta tempe dan gaul sebati. 

8) Akhir sekali masukkan ubi kentang dan tutup api. 

9) Jika sambal anda kurang masin, bolehlah ditambah sedikit garam. 

10) Anda juga boleh tambahkan kacang tanah goreng jika suka. 

Sambal ini bukan sahaja enak dimakan bersama nasi putih tetapi boleh juga dimakan bersama roti.

Selamat mencuba! - Getaran, 6 September 2021

Semua gambar: Helmi Anuar

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek