Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dalam Kenangan, Ini 5 Momen 'Sweet' Sarah-Shuib

Kemesraan pasangan Shuib dan Sarah memang menjadi tumpuan sejak dahulu. Sudah semestinya gelagat mereka berdua akan dirindui ramai orang. Al-Fatihah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 4:52PM

Gambar: Instagram @sitisarahraisuddin

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia menjadi sugul hari ini. Berita pemergian penyanyi Siti Sarah Raisuddin awal pagi tadi mengejutkan banyak pihak. Benarlah, Tuhan begitu menyayangi seorang Sarah.

Di laman media sosial, namanya tidak henti-henti menjadi sebutan apabila semakin ramai yang mendedahkan kebaikan yang pernah dilakukan Sarah semasa hayatnya. 

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Suaminya, Shuib Sepahtu tidak putus-putus berterima kasih kepada semua peminat yang telah mengirimkan Al-Fatihah dan memberikan kata semangat kepadanya.

Kini, Shuib harus menjadi seorang bapa dan ibu kepada anak-anaknya termasuklah seorang bayi, Ayash Affan yang berjaya dilahirkan tiga hari sebelum Sarah dijemput Ilahi. 

Kemesraan pasangan Shuib dan Sarah memang menjadi tumpuan sejak dahulu. Bagai pinang dibelah dua, mereka selalu dijadikan tauladan kerana dilihat begitu romantik walaupun sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga. Berikut ialah antara momen berharga pasangan Shuib dan Sarah yang indah untuk dikenang.

 

Sarah Kononnya Mahu Bikin Video Muzik RM 350 ribu

Dalam satu temu ramah rancangan ‘Trek Selebriti’, Sarah mendedahkan bahawa Shuib seorang yang sangat pemurah apa lagi kepada isterinya. Bagi Shuib, jika suami rajin belanja isteri maka rezeki yang diterima akan semakin melimpah-ruah.

Sarah kemudian sengaja melakukan prank dengan menelefon Shuib memaklumkan dia memerlukan belanja RM350 ribu untuk menghasilkan video muzik untuk lagu terbaharunya. Tanpa ragu-ragu Shuib terus menjawab “Boleh, sayang.” 

Sarah gelak besar sebelum memaklumkan bahawa ia hanyalah sebuah gurauan.

 

Kiki Challenge, Siti Sarah kena tinggal tepi jalan

Sempat menjadi perhatian ialah aksi lucu Sarah semasa melakukan tarian 'Kiki' yang viral suatu masa dulu. Ketika Sarah sedang menari, Shuib sempat bergurau meninggalkan isterinya di tepi jalan.

Video itu sangat lucu sehingga dikongsikan pengguna media sosial yang memuji telatah pasangan selebriti itu.

 

Tukar Ysuku Shuib

Tidak hanya Shuib yang rajin mengenakan Sarah, penyanyi lagu ‘Semakin’ itu juga tidak kurang kalahnya kalau bab mengenakan suami.

Rasanya semua masih ingat bagaimana kelakarnya reaksi Shuib melihat motor kesayangannya iaitu Ysuku ditukar menjadi ala-ala beca Melaka. Penuh labuci dan bunga-bunga.

“Kalau you pakai motor ini, you seorang sahaja ada motor macam ini,” kata Sarah.

 

Kongsi gambar bayi terbaru

Menjadi antara video yang paling banyak disebarkan di mana sosial sejak pemergian Sarah ialah rakaman semasa mereka sekeluarga meneka apakah jantina bayi di dalam kandungan Sarah.

Dalam video tersebut tidak hanya terserlah kasih sayang antara mereka berdua, tetapi juga kepada anak-anaknya. Kesemua anaknya dilihat tidak sabar menyambut kehadiran adik mereka. Begitu harmoni dan bahagianya mereka sekeluarga. 

 

Buat yang terbaik untuk keluarga kita

Sarah dan Shuib dalam satu rakaman video di Hot FM pernah berkongsi mengenai hajat dan impian yang ingin dicapai pada tahun 2021. Selain melakukan yang terbaik untuk meluaskan perniagaan, Sarah kemudian memandang tepat ke mata Shuib dengan berkata,

“Impian saya tahun 2021, saya akan lakukan yang terbaik untuk keluarga kita,” katanya. 

Benar, Sarah nampaknya tidak main-main semasa melafazkan kata-kata itu. Pada tahun 2021 ini, dia memberikan Shuib seorang putera di akhir nafasnya. 

Shuib dan Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 serta dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzkira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, serta terbaharu Ayash Affan.

Sama-sama kita doakan agar roh Siti Sarah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. - Getaran, 9 Ogos 2021

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 22 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

Video kumpulan k-pop ini membuatkan peminat teruja dan ingin lihat mereka menari tarian yang sama ketika konsert nanti

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

Pesta yang berlangsung mulai esok hingga 28 April ini di Pusat Konvensyen Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya adalah hasil kerjasama Tonton dan Animax + GEM

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 19 jam yang lalu

Intan Ladyana Selamat Lahirkan Anak Kedua

oleh Wartawan Hiburan Getaran