web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siti Sarah Ditidurkan, Shuib Sebak

Keadaan Siti Sarah tidak stabil serta memerlukan bantuan oksigen berterusan berikutan jangkitan Covid-19 menyebabkan penyanyi ini ditidurkan di ICU untuk rawatan selanjutnya.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 2:33PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang kini hamil 7 bulan telah dimasukkan ke wad ICU, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pagi tadi, selepas keadaannya dilihat tidak stabil dan memerlukan bantuan oksigen berterusan akibat jangkitan COVID-19. 

Berita tersebut telah dimaklumkan sendiri suaminya, Shuib Sepah yang juga pelawak dan pelakon menerusi entri Instagramnya pada pagi. 

“Assalamualaikum, salam Jumaat semua. Pagi tadi, isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tidak berapa stabil dan keadaannya yang tidak berapa baik. 

“Semoga Allah merahmati kita semua,” tulisnya. 

Siti Sarah dimasukkan ke HUKM sejak dua hari lalu. Namun, kondisinya dilihat masih tidak stabil menyebabkan dia terpaksa dipindahkan ke wad ICU. 

Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom berkata, Siti Sarah terpaksa ditidurkan untuk memudahkan doktor meneruskan rawatan bagi menstabilkan keadaannya. 

“Malah, dia juga terpaksa bersalin awal secara pembedahan jam 2 petang tadi demi keselamatan ibu dan anak. Buat masa ini, itu sahaja yang boleh saya kongsikan.

"Semoga pembedahan itu berjaya dan kedua-duanya selamat,” kata Nana sebak. 

Siti Sarah bernaung di bawah Indigital Music dan tampil dengan single solo berjudul 'Manis', diikuti dengan lagu duet bersama Shuib, 'Semakin Benci Semakin Cinta' tahun lalu. 

Sebelum ini, Shuib telah memaklumkan kepada semua peminat bahawa dia sekeluarga telah disahkan positif COVID-19 dan mengakui ia ujian berat buat mereka. 

Rentetan daripada itu, Siti Sarah dikejarkan ke hospital setelah mengalami masalah pernafasan dan memerlukan bantuan oksigen. 

Siti Sarah, 36, dan Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 37, telah mendirikan rumahtangga pada 26 Februari 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin. Kini mereka sedang menantikan kelahiran cahaya mata keempat. 

Kondisi Siti Sarah yang kurang stabil itu telah mendapat reaksi daripada ramai rakan selebriti dan peminat-peminat. Masing-masing mendoakan agar Siti Sarah dan kandungannya diberi kekuatan untuk sembuh. 

Saat ini, kita hanya mampu mengharapkan keajaiban Tuhan. Jangan berhenti untuk terus mendoakan kesihatan Siti Sarah dan kandungannya. - Getaran, 6 Ogos 2021


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jalani Pembedahan Buang Cyst,  Fibroib Hari Ini, Zara Zya Mohon Maaf Pada Semua

2

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Ziarah Menteri Agama Terima Rawatan Di Hospital Putrajaya

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN