web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Susah Mana Pun Kita, Jangan Hilang Sifat Kemanusiaan Dalam Diri,”- Naim Daniel

Mengakui pandemik adalah masa yang mencabar, penyanyi ‘Sumpah’ ini mengajak orang ramai untuk membantu sesama masyarakat serta saling menguatkan antara satu sama lain.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ada dua perkara bahaya yang terjadi di tengah tegangnya pandemik ini. Pertama, ramai yang hilang punca, sama ada pendapatan mahupun harapan. Kedua, ramai yang menjadi lesu kerana terkurung begitu lama dalam kediaman masing-masing. Lebih parah jika rumah yang mereka huni tidak kondusif sehingga menambah tekanan. 

Tidak hanya itu, ramai yang rasa gelisah melihat angka kematian semakin meningkat naik. Emosi yang tidak stabil menyebabkan kita mudah marah, kurang motivasi dan memberikan tumpuan melunaskan pada tugasan. Kita melewati masa sukar ini dengan cara yang pelbagai. 

Pelakon dan penyanyi Naim Daniel merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk mengurangkan beban mereka yang memerlukan. Melalui Instagram miliknya, penyanyi ‘Sumpah’ itu rajin berkongsi hakikat kesusahan yang dilalui masyarakat hari ini.

Rasa prihatin itu tidak terhenti di laman sosial sahaja, dia kemudian menjalankan inisiatif memberikan bantuan dari duit poketnya sendiri.

“Saya tak ada perancangan apa pun. Saya cuma bangun pada satu pagi dan terus rasa nak menyumbang. Setelah diselidiki, rupanya tak ada lagi food bank di tengah Semenyih. Saya cuba bantu seramai mungkin orang yang kurang bernasib baik. Pada saat ini, ada orang sedang hilang kerja, hilang orang tersayang, juga kewarasan.

“Kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat inilah yang mengajar kita untuk selalu merendah diri. Dunia ini bukan tentang diri kita sahaja. Jadi selagi mana kita boleh bantu, maka kita bantu,” katanya kepada Getaran baru-baru ini.

Mengakui emosi dan mental teruji ketika pandemik. Naim merasakan adakalanya kita perlu berehat dari media sosial dan memberikan lebih banyak tumpuan kepada dunia nyata. 

“Tak bermakna kalau seseorang itu kita lihat gembira di media sosial, maka di dunia nyata dia pun gembira juga. Media sosial bukanlah realiti kita. Kita akan berdepan dunia sebenar bila kita letak telefon dan tengok apa yang ada depan mata. 

“Jika saya sedih atau kurang motivasi, saya akan cuba cari hobi baru. Cuba cari semangat baru. Esok lusa, saya pulihlah semula,” tambahnya.

Turut bersimpati dengan individu yang dihimpit kesusahan sepanjang pandemik, Naim mengajak orang ramai untuk yakin bahawa pasti akan hikmah yang lebih besar menanti kita pada hari mendatang.  

“Saya harap kita semua kekal tabah. Percayalah, akan ada pelangi selepas hujan. Jangan buat tindakan yang merugikan diri sendiri atau meruntuhkan semangat ahli keluarga kita. 

“Kita mesti jaga diri kita. Sekiranya kita mampu, maka berilah kepada mereka yang memerlukan. Sesukar manapun hidup, jangan hilang sifat kemanusiaan dan ihsan dalam diri kita. Semoga kita semua dipeluk cinta Allah selalu,” katanya menutup temu ramah. - Getaran, 19 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 6 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN