web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penerbit Drama, Kak Ton Dah Vaksin 2 Kali Tapi Positif COVID-19

Walaupun disahkan positif COVID-19, penerbit drama, Datin Zaiton Mohd Jiwa atau Kak Ton langsung tidak mendapat apa-apa simptom seperti demam, batuk, sesak nafas atau pun hilang deria rasa dan bau.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jul 2021 9:48AM

Gambar: Instagram @zaitonmj

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Produser Global Station Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd Jiwa akui terkejut apabila disahkan positif COVID-19 pada 24 Jun lalu, sekalipun telah menerima dua suntikan vaksin. Malah, dia baru sahaja menerima suntikan kedua vaksin tersebut.

Ketika dihubungi portal Getaran, Zaiton Mohd Jiwa yang mesra digelar Kak Ton berkata, dia telah disahkan positif apabila melakukan swab test sebelum dikehendaki menghadiri sebuah mesyuarat penting. 

“Mesyuarat tersebut mewajibkan setiap yang hadir untuk melakukan swab test. Selepas 72 jam, keputusan yang diterima adalah saya positif COVID-19. 

“Disebabkan itu, saya tidak dibenarkan untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Tapi, yang peliknya, saya langsung tidak mendapat apa-apa simptom COVID-19 tersebut. 

“Saya tak rasa demam. Tidak batuk. Tidak sesak nafas. Tidak hilang deria bau atau rasa. Semuanya tidak. Langsung tidak ada apa-apa,” kata Kak Ton.

Disebabkan keputusan COVID-19 yang positif tersebut, Kak Ton telah melakukan kuarantin kendiri di rumahnya dan meminta kesemua ahli keluarganya yang duduk serumah untuk melakukan swab test. 

“Alhamdulillah, keputusan semua ahli keluarga saya adalah negatif dan lima hari kemudian saya terus melakukan swab test untuk kali kedua. Kali ini, keputusannya negatif.  Namun, saya tetap terus menjalani kuarantin,” kata kakak ipar kepada penyanyi Dato’ Seri Siti Nurhaliza itu. 

Jelas Kak Ton lagi, pada usia yang sudah pun mencecah 65 tahun, sudah pastilah risiko untuk dijangkiti COVID-19 ini amat tinggi. 

“Tapi, mungkin disebabkan imunisasi badan yang tinggi selepas menerima dua suntikan vaksin, jadi jangkitan COVID-19 itu tidaklah terlalu teruk. 

“Walau apapun kita kena berbalik kepada kun fayakun (Jadilah, maka jadilah ia). Tapi, saya juga percaya bahawa walau apa penyakit sekalipun kita kena ikhtiar. 

“Dengan adanya, vaksin ini, ia secara tidak langsung membantu. Jadi, saya ingin nasihatkan warga emas seperti saya ini supaya menjaga imunisasi badan. Kalau kita ambil vitamin C dan segala macam vitamin yang lain, ia memang membantu.

“Tapi, pada waktu yang sama, kita kena juga ikut saranan kerajaan untuk mengambil vaksin,” katanya lagi. 

Dalam perkembangan lain, Kak Ton memberitahu bahawa penggambaran drama bersiri ‘Hati Yang Dikhianati’ arahan Riza Baharuddin yang disiarkan di slot Tiara, Astro Prima terpaksa ditunda penggambarannya dek kerana PKP dan PKPD.

“Selepas 41 episod, kita terpaksa hentikan penggambaran dan kini dalam tempoh menunggu SOP baharu untuk meneruskan penggambaran semula,” katanya. 

Drama bersiri yang diadaptasi daripada siri telenovela popular Venezuela, ‘Mis Tres Hermanas’ ini dibarisi pelakon Amar Baharin, Isyariana, Mona Allen, Syamim Farid, Zamarul Hisham, Malek Mccrone, Arena Iman terpaksa ditunda penggambarannya buat masa ini. 

Malah, beberapa drama yang sedang lama perancangan untuk penggambaran dilakukan juga terpaksa ditangguhkan sehingga waktu mengizinkan. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN