web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Diva AA Anggap Video Dwayne Johnson Gunakan Suaranya Menghiburkan!

Pengacara popular dan penuh kontroversi Azwan Ali tidak jadi menyaman pembuat video parodi yang menggunakan suaranya.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Entahlah siapa yang punya angkara! Namun, si pencetus angkara ini gemar sungguh membuat video parodi pelakon antarabangsa terkemuka, Dwayne Johnson menggunakan suara pengacara sensasi, Azwan Ali yang kini lebih dikenali sebagai Diva AA. 

Tahun lepas video parodi Dwayne Johnson memarahi rakyat Malaysia kerana tidak mematuhi arahan perintah kawalan telah pun bertebaran. Namun, video yang digunakan itu adalah video Dwayne Johnson ketika masih lagi bergelumang sebagai ahli  gusti sewaktu menyertai World Wrestling Federation (WWF) serta lebih dikenali sebagai 'The Rock'. 

Terkini, video Dwayne Johnson menyertai program Lip Sync dengan membawakan lagu Taylor Swift, 'Shake It off' telah disunting dan ditukarkan kepada suara Diva AA sewaktu dia membuat  kejutan ramai apabila membawakan lagu  'Madah Berhelah' dalam  program 'Lagu Cinta Kita' yang turut menampilkan dirinya sebagai pengacara bersama Elly Mazlien. 

Diva AA membuat kejutan tersebut apabila salah satu episod program itu mengundang Ziana Zain sebagai artis tetamu jemputan, sekaligus menepis dakwaan bahawa hubungan dan persabahatan mereka selama ini terjejas. 

Bercakap mengenai video Dwayne Johnson yang disunting menggunakan suaranya itu, Azwan Ali berkata, pada awalnya dia memang ada terfikir untuk membuat tindakan untuk menyaman pihak yang membuat video parodi tersebut, sekaligus menyebarkannya. 

“Tapi, selepas saya menonton keseluruhan video parodi tersebut, saya tak jadi nak saman. Saya sendiri pun terguling-guling ketawa. 

“Saya sendiri terkejut bila melihat cara mereka membuat suntingan video parodi tersebut. Samalah pulak tu dengan mulut si Badang (gelaran Diva AA buat Dwayne Johnson).  Ingat senang ke nak buat kerja-kerja suntingan ni. Suatu kerja pulak dia orang nak membuatnya.

“Dan..yang saya tak faham tu kenapalah dia orang suka gunakan suara saya di dalam video si Badang tuh. Motif si Badang dengan Diva AA?,” kata Diva AA sambil ketawa. 

Dalam perkembangan lain, Diva AA bakal menjayakan program bual bicara santai 'Laser Bertemu Lase'r untuk musim kedua yang mana penggambarannya bakal dilakukan selepas berakhinya lockdown 2.0.

Menurut Diva AA lagi, musim kedua kali ini lebih menarik kerana ia bakal menampilkan barisan artis yang tidak kurang lasernya seperti mana musim pertama terdahulu. 

“Apa yang menarik, pada musim kali ini, Didie Alias telah bersetuju untuk menjadi artis undangan dalam salah satu episod. 

“Rasanya, ramai yang tahu sejarah saya dengan Didie. Kami pernah bergaduh dan saya tidak sangka dia menyatakan persetujuan untuk muncul di dalam program saya ini,” katanya. - Getaran, 24 Jun 2021. 

 

Divas Azwan Ali masuk dalam badan The rock Nyanyi lagu ziana zain Video kredit to fb : Hilman Vevo

Posted by Mohamad Rizal Ngah on Saturday, June 19, 2021

Foto Azwan Ali dari laman Facebook Diva AA

Foto Dwayne Johnson dari laman Instagram

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

1MDB: Mohd Irwan Beritahu Mahkamah 'Kedengaran Seperti' Suara Najib Dalam Rakaman Audio

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jaga, Lindungi Suara Sebagai Aset Kerjaya

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Anggap Kemelut Yang Menimpa Awesome TV Satu Kifarah - Azwan Ali Bengang Bintang Lagenda Norlia Ghani Diperlekehkan

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN