web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Setelah 10 Tahun Menghilang, Akhirnya Kak Nita Dan Suami Bersuara

Pelbagai spekulasi serta andaian ditimbulkan buat superstar Anita Sarawak yang lama menghilangkan diri. Tetapi itu semua tidak benar sama sekali.

Selebriti Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 9:17AM

Gambar: Spotify dan Last.fm

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam tempoh selama 10 tahun menghilang dan mendiamkan diri di dalam industri hiburan tanah air, pelbagai spekulasi serta andaian ditimbulkan beberapa pihak buat superstar Anita Sarawak atau lebih mesra disapa sebagai Kak Nita. 

Antaranya ialah dia kononnya sudah bercerai dengan suaminya Mahathir Abdullah, menghidap penyakit kanser, jatuh bankrap sehinggalah dia didakwa sudah pun berhijrah dengan penampilan mengenakan hijab. 

Hakikatnya, semua spekulasi dan andaian itu tidak benar sama sekali. 

Apa yang nyata, penghibur bertaraf antarabangsa yang disegani ini masih lagi bahagia dengan perkahwinannya bersama Mahathir Abdullah selepas mendirikan rumah tangga pada Ogos  2001. 

Ini dibuktikan oleh mesej yang diterima adik angkat Kak Nita iaitu Shuib Taib yang kini bertugas sebagai penyunting bahasa Inggeris di Bernama pada awal pagi semalam iaitu kira-kira jam 9 pagi. 

Ucapan selamat hari lahir yang ditujukan Shuib kepada Mahathir Abdullah menerusi teks mesej menerusi aplikasi Whatsapp telah dijawab. 

Thank you so very much Shuib. We miss you,” kata Mahathir. 

Ayat yang berbunyi ‘We miss you’ yang digunakan Mahathir itu sangat jelas sekali membuktikan bahawa hubungan rumah tangga yang dibinanya bersama Kak Nita masih lagi utuh. 

Teks mesej itu tidak terhenti di situ sahaja. 

Sambung Mahathir lagi: “No matter what, we love you. We think about you and talk about you a lot, a very special person. Blessings to your family…”. 

Tuhan sahaja yang tahu bagaimana gejolak perasaan Shuib ketika itu. 

“Saya rasa terharu bercampur gembira. Malah, bersyukur kerana akhirnya terbuka juga pintu hati Kak Nita dan abang Mahathir untuk menjawab mesej Whatsapp saya.  

“Sejak Kak Nita hilang serta mendiamkan diri pada 2011, dia tidak pernah sekali pun hubungi saya mahu pun menghantar pesanan. Tapi saya tidak pernah sekali pun lupa untuk mengucapkan selamat tahun baru, selamat hari ulang tahun serta hari ulang tahun perkahwinan mereka. 

“Semuanya mesej itu dibaca tetapi tidak dibalas. Namun, sepanjang mengenali Kak Nita, saya memang sudah masak dan faham sangat dengan perangai dia. Begitulah dia, kalau dia tidak mahu diganggu. 

“Kita harus biarkan dia dan menghormati privacy dia. Nanti, suatu masa dia sendiri yang akan kembali,” katanya Shuib ketika dihubungi portal Getaran.My

Menurut Shuib lagi, Kak Nita dan abang Mahathir berada di dalam keadaan yang sihat. Malah, mereka juga mahu menikmati kehidupan secara normal. 

“Apapun, saya tidak sangka Allah SWT akan makbulkan doa saya. Setiap hari selepas bersolat saya tak henti berdoa agar Allah SWT bukakan pintu hati mereka.

“Tup-tup, semalam abang Mahathir balas mesej saya. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat,” kata Shuib yang sudah 31 tahun mengenali Kak Nita dengan begitu rapat. - Getaran, 22 Jun 2021

Gambar: Ihsan Shuib Taib

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN