web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bebe Rexha Mahu 'Better Mistakes' Temani Peminat Di Kala Sendirian

Bebe Rexha menuliskan lagu-lagu dengan kejujuran termasuklah pertarungannya dengan kesihatan mental.

Selebriti Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jun 2021 2:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah tiga tahun berdiam diri, Bebe Rexha akhirnya membawa khabar gembira khusus buat para peminat dengan buah tangan terbarunya.

Penyanyi yang popular dengan single berjudul 'In the Name of Love' (gandingan bersama DJ terkenal Martin Garrix) dan 'I'm A Mess', kini mengeluarkan album terbaru dan keduanya berjudul Better Mistakes.

Meskipun terpaksa menunggu beberapa tahun untuk Bebe menyiapkan album ini, penantiannya sangat berbaloi dan seperti biasa tidak mengecewakan.

Apa yang menarik lagi, album ini turut menampilkan pemuzik ternama dalam industri hiburan seperti Travis Barker, Ty Dolla $Ign, Trevor Daniel, Lil Uzi Vert, Doja Cat, Pink Sweat$, Lunay, dan Rick Ross.

Kami sempat menemu ramah penyanyi ini lewat sidang media secara atas talian kelolaan syarikat rakaman Warner Music. Dalam sidang media ini, Bebe telah berkongsi tentang album terbaharunya yang berjudul Better Mistakes dan beberapa perkara lain.

Bebe mengaku penghasilan album ini agak sulit berbandingkan dengan album sebelumnya kerana terbatas dengan kekangan full lockdown di Amerika Syarikat. 

“Bagi saya menulis lagu melalui video chat tidak sama seperti menulisnya secara fizikal. Saya lebih suka berada di sebuah ruangan bersama penulis lagu dan kolaborator yang lain. Lebih lagi kerana saya suka berkenalan dengan orang baru dan berkongsi cerita dengan mereka.

“Sejujurnya, saya tidak dapat menulis muzik dengan baik sepanjang pandemik ini tetapi saya telah memperoleh beberapa hobi baharu seperti memasak dan membuat kuih yang merupakan satu perkara mengejutkan buat saya,” jelas Bebe. 

Ketika ditanya bagaimanakah proses membuat Better Mistakes, Bebe berkata, “Lagu-lagu dalam album ini sebenarnya ditulis dua tahun yang lalu. Saya bermula perjalanan album ini dengan menulis lagu ‘Break My Heart Myself’ bersama Justin Tranter, seorang penulis muzik fenomenal. 

“Dia telah membuat saya berasa selamat dan selesa selama sesi rakaman malah menyuruh saya menulis lagu berdasarkan pengalaman peribadi yang mungkin ramai dekat dengan ramai orang.

“Saya selalu menuliskan lagu-lagu dengan kejujuran dan perasaan yang saya alami. Bila saya jujur dalam penulisan muzik, saya dapat tidur dengan nyenyak pada malam hari kerana seolah-olah saya dapat memberikan perlindungan kepada para pendengar agar mereka tidak berasa sendirian,” tambah lagi Bebe. 

Melalui muziknya, Bebe berharap agar para pendengar dapat lebih menyayangi diri sendiri terutamanya pada saat pandemik ini.

“Inilah saat paling getir buat semua orang tidak kiralah jika anda menghidapi masalah kesihatan mental atau tidak. Berada dalam pandemik ini boleh membuat kita mempersoalkan banyak perkara terutamanya jika kita bersendirian atau bosan.

“Saya selalu mengetengahkan isu kesihatan mental kerana saya sendiri sedang berjuang melawannya. Pada mulanya saya cemburu dengan orang lain yang normal.

“Kadangkala terdetik dalam hati saya bertanya Tuhan, kenapalah saya harus menghidapi penyakit mental ini sehinggakan saya sanggup bertindak melakukan sabotaj terhadap diri sendiri? 

“Kemudian saya menyedari, saya adalah musuh terburuk diri sendiri dan satu langkah untuk menangani perasaan ini ialah dengan menerima hakikat bahawa inilah takdir saya,” kata Bebe. 

Selain itu, Bebe juga berkongsi ‘Break My Heart Myself’ merupakan lagu kegemarannya dan ia mempunyai makna yang significant baginya.

“Banyak aspek yang membuatkan saya suka lagu ini dari vibe, instrumen live, makna di sebaliknya dan juga mesej yang ingin disampaikan.

“Ia mengongsikan satu ketakutan peribadi saya yang mungkin ramai tidak tahu. Saya paling takut dilukai oleh orang yang disayangi.

“Justeru itu, saya selalu remuk redamkan hati sendiri terlebih dahulu sebelum orang lain dapat melakukannya. Ia dapat menghindarkan saya daripada sakit hati dan berasa kecewa dengan mereka.”

Tambahan pula, ternyata Beyonce merupakan penyanyi kesukaan Bebe Rexha sejak kecil lagi dan berharap agar dapat berpeluang untuk menulis lagu dan bekerjasama dengannya pada satu hari nanti. 

“Jika saya berpeluang, ia bakal menjadi satu kehormatan besar buat saya kerana dia merupakan salah satu artis yang saya pandang tinggi dalam industri ini,” ujarnya sambil berangan-angan.

Album terbaru Bebe Rexha, Better Mistakes boleh didengar di laman penstriman Spotify dan Apple Music. – Getaran, 14 Jun 2021

Semua gambar: Warner Music


 

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN