web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Erma Fatima Tonton 'The Voice Of Hind Rajab' 2 Kali, Seru Rakyat Malaysia Bagi Sokongan

Menonton buat kali kedua, Erma Fatima tampil berkongsi pandangan jujur tentang 'The Voice of Hind Rajab', sebuah karya yang mengangkat kisah benar penderitaan rakyat Palestin. 

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2026 3:23PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi pengarah tersohor itu, filem ini bukan sekadar naskhah sinematik, sebaliknya satu cermin kemanusiaan yang menguji sejauh mana solidariti benar-benar diterjemahkan melalui tindakan.

Menurut Erma, kesakitan yang dipaparkan bukanlah rekaan dramatik untuk meraih simpati, tetapi realiti pahit yang telah lama membelenggu bumi Palestin. 

Tragedi yang menimpa Hind Rajab, katanya, wajar mengalih tumpuan perbincangan daripada sekadar aspek filem kepada tanggungjawab moral manusia sejagat terhadap penderitaan yang masih berterusan tanpa noktah.

Beliau menegaskan bahawa sokongan terhadap Palestin tidak seharusnya bersifat simbolik atau bermusim. Isu ini, katanya, lebih besar daripada sekadar tontonan di layar perak. Ia mencerminkan sikap masyarakat, khususnya orang Melayu dan umat Islam di Malaysia. 

“Ini bukan soal apa yang dipaparkan dalam filem semata-mata, tetapi soal sikap orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

“Jika masyarakat sanggup meluangkan masa dan wang untuk hiburan, konsert serta menunjukkan sokongan di media sosial, maka menyokong karya yang secara langsung menyuarakan penderitaan rakyat Palestin juga wajar dilihat sebagai satu bentuk solidariti yang lebih tulen dan bermakna,” ulas Erma.

Erma Fatima
Erma Fatima

Mengulas pengalamannya, Erma menyifatkan The Voice of Hind Rajab sebagai kisah tentang maruah dan perjuangan sebuah bangsa, bukan semata-mata tragedi seorang kanak-kanak. 

Bagi beliau, Palestin bukan sekadar tanah yang dipertahankan dengan darah, tetapi amanah sejarah yang dijaga dengan iman. 

“Saya boleh menonton pelbagai filem lain sebelum ini, tetapi jika saya tidak meluangkan sedikit masa untuk menonton Hind Rajab, saya rasa malu,” katanya.

Sehubungan itu, Erma menyeru semua lapisan masyarakat, khususnya umat Islam di Malaysia, agar turun ke pawagam dan menyokong filem ini sebagai tanda sokongan yang nyata. 

Malaysia, tegasnya, perlu membuktikan sokongan terhadap Palestin bukan hanya melalui kata-kata, tetapi melalui tindakan yang konsisten.

Kehadiran Erma ke pawagam turut menarik perhatian, susulan kritikan yang mempersoalkan mengapa beliau sendiri tidak menghasilkan karya seumpama ini. 

Namun, baginya, sokongan terhadap perjuangan Palestin tidak terhad kepada siapa yang menghasilkan filem, sebaliknya kepada kesediaan untuk bersama-sama menyuarakan kebenaran.

Diterbitkan oleh Mime Films dan Tanit Films dengan Primeworks Studios sebagai pengedar serta rakan pemasaran rasmi, The Voice of Hind Rajab diarahkan oleh pengarah dari Tunisia, Kaouther Ben Hania, dan dibintangi barisan pelakon antarabangsa termasuk Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury.

Lebih daripada sebuah filem, The Voice of Hind Rajab berdiri sebagai bukti dan suara yang merakam kisah benar penuh emosi serta meninggalkan kesan mendalam. 

Saksikan di pawagam sekarang dan hayati sebuah kisah yang mengingatkan kita tentang nilai kemanusiaan sejagat.

Sebagai simbol empati dan solidariti, Media Prima turut menyumbangkan RM1.00 daripada bahagiannya bagi setiap tiket yang terjual kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima. 

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, orang ramai boleh mengikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube. - Getaran, 22 Januari 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang