web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairul Aming Jamu PM New Zealand Juadah Malaysia

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2024 6:31PM

Khairul Amin bergambar bersama Christopher Luxon - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kunjungan Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon, yang dalam lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, turut diserikan dengan pertemuan dengan pempengaruh popular dan usahawan tempatan, Khairul Amin Kamarulzaman.

Luxon berada di Malaysia pada 1-3 Sept, 2024 dan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke negara ini selepas mengambil alih pentadbiran New Zealand pada November 2023.

Menerusi perkongsian di akaun X miliknya, Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming berkata pertemuan di restoran Hidang KL di sini, hari ini, juga sebagai tanda terima kasih kerajaan New Zealand susulan kehadirannya ke negara itu baru-baru ini bagi menghasilkan siri video masakan.

Lebih manis lagi, pertemuan itu dimanfaatkan oleh pempengaruh bidang masakan itu untuk memperkenalkan sajian 'ikonik' sarapan Malaysia seperti nasi lemak, roti jala dan teh tarik yang turut disertai dengan sesi memasak roti jala bersama pemimpin New Zealand itu.

Tidak hanya menjamu selera, beliau juga sempat bertukar pandangan dengan Luxon mengenai aspek pelancongan antara Malaysia dan New Zealand, eksport perdagangan daging halal dan hasil tenusu, pemuliharaan alam semula jadi serta potensi eksport produk-produk perusahaan kecil dan sederhana ke New Zealand.

"Siapa sangka, lapan tahun lepas, saya melakukan rakaman video memasak pertama dengan hanya duduk di atas lantai di rumah sewa...namun hari ini dapat duduk bersebelahan Perdana Menteri (dari negara) terkenal dunia.

"Berusahalah dengan gigih, anda pasti kagum sejauh mana hidup ini mampu membawa anda," kata Khairul Aming yang mempunyai seramai 4.1 juta pengikut dan 1.5 juta pengikut, masing-masing di Instagram dan X.

Anak kelahiran Kota Bahru, Kelantan, nama Khairul Aming sudah sinonim dengan siri video masakan Ramadan beliau yang tular bertajuk '30 Hari 30 Resepi.'

Bukan setakat terkenal sebagai pempengaruh, lulusan kejuruteraan mekanikal Vanderbilt University, Amerika Syarikat itu juga berjaya dalam bidang perniagaan, termasuk mempunyai dua kilang di Kota Bahru bagi produk ‘Sambal Nyet’. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang