web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Fikry Kiki Nafi Jadi Anak Ikan 'Sugar Mummy' Anak 5

Menurut Fikry, dia dan wanita yang dikenali sebagai Bulan itu hanyalah rakan niaga.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2024 12:36PM

Fikry Kiki dan Mabel Ira Bulan berkenalan menerusi aplikasi TikTok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas pelakon dan penyanyi cilik, Fikry Kiki menafikan dakwaan dia menjadi 'anak ikan' kepada seorang wanita beranak lima. 

Menurut Fikry atau nama lengkapnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad, 20,  wanita didakwa sebagai 'sugar mummy' itu sebenarnya adalah rakan niaga yang dikenali sebagai Bulan.

"Ramai orang yang salah sangka dan menuduh saya macam-macam. Sedangkan saya dan Kak Bulan hanyalah rakan niaga.

"Saya sudah anggap dia seperti kakak sendiri. Malah saya panggil dia dengan panggilan kakak.

"Tidak dinafikan mungkin tawaran lakonan yang saya dapat tidaklah sehebat pelakon-pelakon muda lain, namun itu bukan alasan untuk saya menjual diri menjadi anak ikan atau dibela oleh sesiapa untuk hidup senang" katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Liquffe. 

Fikry Kiki atau nama lengkapnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad baru berusia 20 tahun
Fikry Kiki atau nama lengkapnya Muhammad Fikry Izzudin Mohd Fuad baru berusia 20 tahun

Kata Fikry yang bakatnya dicungkil menerusi program Bintang Kecil RTM ini lagi, dia masih tahu tentang dosa dan pahala serta didikan ibu bapanya. 

"Saya masih ingat dosa pahala. Arwah ayah dan ibu saya didik dari kecil untuk berusaha sendiri dalam mencapai apa yang saya inginkan. 

"Jauh sekali untuk saya jual maruah untuk kepuasan 'sugar mummy' atau sesiapa," jelasnya. 

Ditanya bagaimana dia mengenali Bulan, kata Fikry mereka berkenalan menerusi aplikasi TikTok. 

"Bulan adalah seorang pempengaruh yang berpengalaman dalam bisnes. Rasanya tak salah untuk saya belajar daripadanya. 

"Sebagai seorang selebriti, saya akur dengan asam garam industri ini yang kadang kala tidak menjaminkan apa-apa.

"Sebab itu saya menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan kini saya dan Bulan mengeluarkan produk kopi cecair Liquffe.

Mabel Ira Bulan
Mabel Ira Bulan

Menggunakan modal yang tinggi iaitu sebanyak RM600,000 pasti ramai yang akan mempersoalkan dari mana dia mendapat wang sebanyak itu, kata Fikry itu adalah hasil simpanannya sejak kecil. 

"RM600,000 itu adalah modal yang kami keluarkan bersama. 

"Saya sudah menjadi selebriti sejak berusia 5 tahun. Saya sudah mula menyimpan duit sejak kecil," ujarnya.

Sementara itu bagi Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, 27, dia turut bersimpati dengan Fikry yang dilabel menjadi anak ikannya demi hidup mewah.

"Tuduhan sebegitu tidak sapatutnya berlaku. Niat kami baik untuk membantu masyarakat menjana pendapat menerusi perniagaan kami. 

"Sepatutnya netizen menyokong usaha anak muda yang berusaha untuk memajukan diri. Bukannya tuduh bukan-bukan tanpa usul periksa. 

"Saya selesa berkawan dengan Fikry. Dia ada potensi dalam bidang perniagaan. Suami saya juga mengenalinya. Jadi dakwaan dia adalah anak ikan saya adalah tidak benar," katanya. 

Liquffe kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia.
Liquffe kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia.

Bercakap mengenai produk terbaru mereka, kata Fikry, Liquffe merupakan kopi tanpa bancuh yang pertama di Malaysia. 

"Kopi cecair ini menggunakan bahan organik serta mengandungi nektar atau gula kepala yang bagus untuk kesihatan. 

"Nektar kelapa mempunyai nutrisi yang tinggi seperti menstabilkan paras gula dalam darah, membantu melawan keradangan, membantu meningkatkan metabolisme, bagus untuk kesihatan usus dan banyak lagi.

"Liquffe ini didatangkan dalam bentuk sachet, mudah dibawa ke mana sahaja dan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu bancuh," kongsinya. 

Fikry dan Bulan juga turut mengambil inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan dengan menjalin kerjasama bersama Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia. 

"Melalui kerjasama ini, untuk permulaan kami membeli 100 naskah Al Quran Braille untuk disumbangkan kepada persatuan orang buta yang lain," kongsinya. 

Pembeli Liquffe juga berpeluang untuk merebut hadiah cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti Motosikal Honda RS-X , pelbagai peralatan elektrik rumah dan gajet. – Getaran, 19 Julai, 2024


Foto : PR

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang