web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sah! Hisyam Hamid Dan Isteri Bercerai

Hisyam mendedahkan walaupun telah bercerai, hubungannya dengan bekas isteri masih baik

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 8:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Teka-teki mengenai status perkahwinan pelakon tampan, Hisyam Hamid akhirnya terjawab apabila empunya diri membuka mulut kepada pihak media dan mengesahkan dia dan isterinya Rosmawati Hanafi sudah bercerai. 

Bagaimanapun, pelakon berusia 39 tahun itu enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan dan juga tarikh sebenar perceraian mereka. 

Memetik laporan beberapa media, Hisyam memberitahu walaupun telah bercerai, hubungannya dengan bekas isteri masih baik dan Rosmawati masih menguruskan kerjaya seninya.

“Buat masa ini kami selesa berkawan baik. Lebih daripada itu saya tak pasti, masa yang akan tentukan. Saya tak nak sebab satu titik hitam yang berlaku, musnahkan segalanya. Masing-masing dah minta maaf. Buat masa ini, jalan terbaik adalah dengan tidak lagi menjadi suami isteri,” ulas Hisyam.

Sementara itu, Hisyam juga mengakui baik dia dan bekas isteri masing-masing mahu melupakan perkara yang terjadi dan ingin terus memandang ke hadapan bagi meneruskan kehidupan masing-masing.

Hisyam Hamid bersama keluarganya.
Hisyam Hamid bersama keluarganya.

"Kami hanya mahu fokus mara ke depan. Masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Dia adalah ibu kepada anak-anak saya. Hampir 20 tahun kami bersama, sepanjang 20 tahun itu tak semua negatif dan banyak perkara baik yang berlaku.

“Apa paling penting, kami sama-sama ada tanggungjawab terhadap anak-anak dan mereka juga berada di bawah penjagaan saya,” ujar Hisyam ketika ditemui di sidang media drama Cinta Untuk Sekali Lagi dan Bunga Salju di Zebra Square, Kuala Lumpur hari ini. 

Konflik rumahtangga Hisyam dan Rosmawati mula dihidu apabila pasangan ini dilihat tidak lagi berkongsi foto-foto di akaun media sosial masing-masing seperti selalu. 

Awal Mei lalu, Hisyam enggan mengulas lanjut tentang status perkahwinannya kerana masih belum bersedia dan bimbang kenyataan yang dikeluarkan menjejaskan perasan anak-anak. 

Hisyam dan Rosmawati mendirikan rumah tangga dengan pada 2006 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15. - Getaran, 23 Mei 2024

Foto : IG Hisyam Hamid

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang