web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Giliran Artis Malaysia Pula Disenaraikan Untuk Blockout2024

Scha Alyahya, Awal Ashaari, Meerqeen dan Nadhir Nasar antara nama-nama yang disenaraikan untuk gerakan boikot ini.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 11:14AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak beberapa hari lalu, gerakan memboikot selebriti yang menyokong atau menjalinkan kerjasama dengan produk-produk yang terkait dengan Israel tular di Hollywood, di mana ramai nama-nama besar di sana mula kehilangan pengikut di platform media sosial.

Kejayaan gerakan Blockout2024 itu ternyata mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yan sama kepada nama-nama popular di Malaysia yang masih tanpa segan-silu mempromosikan jenama-jenama yang diketahui ramai menyumbang kewangan kepada Zionis yang tidak henti-henti membedil bumi Palestin.

Scha Alyahya dan Awal Ashaari antara artis yang disenaraikan untuk gerakan boikot. - Gambar fail
Scha Alyahya dan Awal Ashaari antara artis yang disenaraikan untuk gerakan boikot. - Gambar fail

Melihat kepada senarai nama yang kini rancak di kongsi di pelbagai platfrom digital, pasti ramai yang mengeluh dan kecewa kerana senarainya panjang. Antara nama-nama yang tersenarai ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Meerqeen, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Neelofa dan Sheila Rusly.

@mecuuuna #stitch with @aylin🎀 #shouldbeme ♬ original sound - ughnaaa

Dalam banyak-banyak nama ini, hanya Nadhir Nasar yang tampil memberi respon terhadap satu ciapan yang dibuat oleh salah seorang pengguna aplikasi X.

Jelas Nadhir, dia mengambil serius dengan isu sosial dan komited untuk memastikan jenama yang berkolaborasi dengannya berkongsi nilai dan prinsip yang sama dengan diri, malah kerjasama yang terjalin berlaku setahun lalu, di mana ketika dia percaya jenama terbabit boleh membantu dia terbang lebih tinggi. 

“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa keputusan saya untuk bekerjasama dengan  telah dibuat lebih setahun yang lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu. 

maklumat dan keadaan yang tersedia pada masa itu. Keputusan saya untuk bekerjasama dengan jenama-jenama terbabit pada masa itu adalah berdasarkan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.

“Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang telah dikemukakan adalah penting untuk saya meneruskan komitmen kontrak saya. Jika ingin menamatkan kontrak lebih awal, ia boleh membuatkan dia dikenakan penalti kewangan atau disaman oleh pihak terbabit,” tulis Nadhir. 

Sementara itu, personaliti, Wardina Safiyyah juga lantang bersuara tentang gerakan ini. Dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, dia menyeru agar ramai yang mula membuka mata dan memastikan golongan ternama ini diabaikan kerana tiada rasa simpati dan gagal menggunakan akaun media sosial masing-masing untuk menyebarkan kekejaman Israel.

“Ini berlaku (Blockout2024) untuk artis luar negara dan tempatan. Mereka memerlukan anda untuk ‘menyembah’ mereka. Kami / anda tidak memerlukannya.

“Perkongsian tentang betapa kayanya mereka dan betapa hebatnya kehidupan mereka tidak menarik perhatian kami. Sekurang-kurangnya kongsilah satu (tentang Palestin), tolonglah.

“Saya tidak kisah tentang pakaian anda! Saya tidak kisah tentang kereta anda. Saya tidak kisah tentang penjagaan kulit anda atau rutin penjagaan kulit anda. Saya tidak kisah tentang rumah anda.

“Saya tidak kisah tentang kehidupan peribadi anda. Kita sepatutnya tidak peduli! Ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup. Kita berada dalam salah satu masa yang paling sukar dan mencabar dalam sejarah!,” tulis Wardina. 

Jadi bagaimana pula dengan pendapat anda? Perlu atau tidak kita memboikot golongan artis yang masih selesa berkerjasama dengan ‘puak-puak’ penyokong Israel? Kalau ada yang masih tidak faham bagaimana gerakan Blockout2024 ini berfungsi, mungkin anda boleh mendengar penjelasan daripada Reina Lum ini. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Artis Digesa Lebih Peka Isu Kemanusiaan Selepas Konsert Siti Nurhaliza

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Tak Perlu Sokong Artis, Tapi Jangan Pengaruhi Orang Ramai - Simmons

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Blockout 2024: Jangan Terlalu Ekstrem - Menteri

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

‘Saya Tetap Menyanyi Walau Tiada Gelaran’ - Jamal Abdillah

oleh Sophia Ahmad