web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Anggota Dolla, Syasya Kini Bergelar Isteri

Ini adalah antara sebab Syasya mengundurkan diri daripada Dolla.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2024 4:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Susulan pengumuman pengunduran Syasya daripada kumpulan Dolla, Universal Music Malaysia dengan sukacitanya berkongsi khabar gembira mengenai pernikahan Syasya atau nama sebenar Norsyasya Afiqah Shahrizal, semalam.

Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim, berkata perancangan mendirikan rumah tangga juga menjadi antara faktor pengunduran Syasya daripada Dolla.

"Terlebih dahulu terima kasih kepada semua pihak termasuk rakan media, peminat dan sesiapa saja yang sudah menyokong kerjaya Dolla dari awal sehingga kini.

"Tidak dinafikan pengunduran Syasya daripada Dolla mengejutkan ramai. Namun, kami perlu akur dengan keputusan yang dibuat empunya diri yang disifatkan terlalu peribadi.

"Kali ini kami ingin berkongsi berita gembira bahawa Syasya telah selamat mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya pada hari ini. Ini juga adalah antara faktor utama Syasya memilih untuk tidak lagi bersama Dolla," katanya.

Pada masa sama, Universal Music Malaysia juga berharap berita itu menamatkan segala spekulasi yang berlegar-legar.

"Kami di Universal Music Malaysia doakan semoga segala perancangan Syasya di masa hadapan berjalan lancar dan dipermudah. Diharapkan ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke jannah.

"Apa yang penting, semoga berita gembira ini menghentikan segala spekulasi tidak tepat yang timbul sebelum ini. Kami juga berharap agar semua pihak dan peminat akan terus menyokong kerjaya seni dan karya daripada Dolla,” katanya.

Terdahulu, kumpulan itu menerusi hantaran di akaun rasmi mereka mengumumkan mengenai pengunduran Syasya pada 8 April lalu.

Dalam perkembangan lain, Dolla berjaya mengharumkan nama negara apabila mewakili Malaysia dalam sebuah pertandingan nyanyian membabitkan pelbagai kumpulan vokal di China menerusi program Show It All.

Menariknya, aksi lincah Dolla ketika membuat persembahan menjadi tular selain meraih pelbagai pujian dan kata-kata semangat oleh peminat serta warganet. – Getaran, 21 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang