web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Daud Kim Berjaya Dapatkan Kontrak Untuk Bina Masjid Di Incheon, Seoul

Pempengaruh ini turut berkongsi maklumat akaun bank untuk mereka yang berminat untuk menyalurkan bantuan dana.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2024 9:20PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi K-pop popular dan YouTuber Jay Kim yang kini dikenali sebagai Daud Kim berkongsi khabar gembira apabila mengumumkan bahawa beliau sudah menandatangani kontrak untuk mendapatkan tapak bagi membina Masjid di Incheon, Seoul, Korea Selatan.

Menerusi hantaran di akaun Facebooknya itu, Daud memaklumkan selain bercadang untuk membina masjid di atas tanah terbabit, beliau juga mahu membina studio podcast untuk berdakwah.

“Akhirnya, dengan bantuan anda, saya telah menandatangani kontrak untuk tanah bagi membina Masjid di Incheon. Tempat ini tidak lama lagi akan menjadi masjid.

“Saya tidak percaya hari ini telah tiba. Saya bercadang untuk membina tempat solat dan studio podcast Islamik untuk dakwah kepada orang Korea,” tulis Daud.

Tambah Daud lagi, walaupun beliau bakal berdepan dengan banyak halangan untuk merealisasikan pembinaan itu, namun beliau percaya ia boleh dilakukan.

“Saya percaya bahawa ia benar-benar satu langkah besar. Akan ada banyak kesusahan tetapi saya percaya saya boleh melakukannya.

“Sehingga tiba hari di mana setiap jalan di Korea dipenuhi dengan azan yang indah. Saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Jika anda mahu menghulurkan bantuan kewangan, bolehlah berbuat demikian dengan mendepositkan jumlah yang ingin didermakan ke akaun yang tertera di bawah ini.

Daud memeluk Islam pada 2019 dan beliau mula mendapat pendedahan mengenai Islam selepas tragedi 9/11 di Amerika Syarikat, ketika beliau berusia lapan tahun.

Bagaimanapun, ketika itu beliau menganggap Islam adalah jenayah dan kekerasan, namun pendapatnya mula berubah apabila Daud ke Indonesia untuk mengadakan persembahan dan di sana beliau mempelajari lebih mendalam mengenai Islam.

Usaha Daud untuk membina masjid di Seoul sangat dipuji memandangkan kota ini hanya mempunyai satu masjid iaitu Seoul Central Mosque.

Seoul Central Mosque adalah masjid pertama yang dibangun di Korea Selatan pada tahun 1976, dengan sokongan kewangan daripada pihak kerajaan Korea Selatan, Arab Saudi, serta negara-negara Islam di Timur Tengah.

Masjid yang terletak di Itaewon ini terdiri daripada tiga tingkat yang menempatkan pejabat Korea Muslim Federation dan ruang solat. Ini adalah masjid terbesar di Korea Selatan. – Getaran, 13 April 2024

Foto : Facebook Daud Kim

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang