web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ruhainies Nafi Kena Tangkap Basah, Dakwa Media Buat Laporan Tidak Tepat

Mohon pihak media tidak terus menulis supaya tidak mengundang provokasi dan fitnah.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 12:55PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kes khalwat yang dikatakan membabitkan pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz semakin panas apabila satu demi satu maklumat didedahkan lanjutan daripada penangkapan itu.

Ia termasuk kenyataan yang diberikan oleh adik ipar Aliff, Didi Astillah, sehinggalah kepada kenyataan daripada pihak berwajib, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Bagaimanapun, baik Ruhainies, mahupun Aliff, masing-masing hanya mengunci mulut, tidak memberikan sebarang kenyataan tentang insiden memalukan ini.

Sebentar tadi Ruhainies menerusi hantaran Instagram story (IGS) menegur pihak media supaya berhenti daripada menulis laporan berhubung penangkapan tersebut kerana dakwanya, ia bukan ‘tangkap basah’.

“Salam, ingin saya perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi di dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ianya sama sekali ‘bukan tangkap basah’.

“Sehingga kini saya masih belum berikan apa apa kenyataan. Dan segala apa yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat.

“Saya mohon supaya media tidak menulis apa apa yang boleh mengundang provokasi atau pun fitnah sehingga saya mengeluarkan kenyataan rasmi dari saya sendiri. Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati hati dan lebih bertanggungjawab,” tulis Ruhainies.

Sebelum itu, Ruhainies pada Sabtu ada memuat naik permohonan maaf di atas insiden yang berlaku dan meminta supaya spekulasi dihentikan sehingga dia memberikan kenyataan rasmi.

Begitu juga dengan Aliff, dia menulis permohonan maaf kira-kira satu jam sebelum Ruhainies.

Selain meminta maaf, Aliff juga mendakwa ada banyak spekulasi dan maklumat yang telah ditokok-tambah berhubung penangkapannya pada Sabtu lalu. 

“Tetapi saya juga faham tanggapan semua kerana keadaan tersebut telah menimbulkan syak wasangka yang boleh menimbulkan fitnah.

“Seharusnya keadaan yang dapat dielak akan tetapi saya akan memberikan keterangan tentang apa yang berlaku sebenarnya nanti bagi mengelakkan lebih salah faham tentang apa yang terjadi.

“Bukan ingin menegakkan benang yang basah, sekadar berkongsi kepada yang ingin mendengar insyaallah. Selebihnya saya memohon maaf atas apa yang terjadi dan semoga keterangan yang akan saya sampaikan nanti sedikit sebanyak dapat menerangkan tanggapan semua. Insyaallah,” tulis Aliff.

Pada awal pagi Sabtu, Ruhainies dan Aliff telah ditahan oleh pihak JAWI dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Serbuan dilakukan berikutan mendapat aduan daripada pihak awam.

Kedua-dua mereka telah dibebaskan dengan jaminan pihak JAWI dan dipercayai pendakwaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah akan dibuat dalam sedikit masa lagi. – Getaran, 11 Mac 2024

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN