web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mizz Nina Tarik Semula Kes Tuntutan Penjagaan Penuh Musa

Proses pengangkatan Musa sudah dilaksanakan dan penjagaannya sah diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina semalam

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 4:11PM

Mizz Nina. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mizz Nina memutuskan untuk memfailkan penarikan semula dua tuntutan terhadap bekas suami, Noh Salleh membabitkan hak penjagaan penuh bagi anak angkatnya, Musa dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara.

Menurut peguam syarie yang mewakili Mizz Nina iaitu Fakhrul Azman Abu Hassan, tiada proses sulh berlaku pagi tadi dan esok pihaknya bersama Mizz Nina akan kembali untuk mengesahkan di hadapan hakim.

"Esok kes itu akan disebut di hadapan hakim untuk mengesahkan penarikan balik dua tuntutan tersebut.

“Jadi, tiada sulh sebentar tadi sebab kami sudah memfailkan penarikan balik dan sulh dibatalkan sebab pihak plaintif (Mizz Nina) tidak ingin meneruskan tindakan," ujarnya kepada pihak media yang hadir pada prosiding yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, pagi tadi.

Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 44, bagaimanapun tidak hadir pada prosiding hari sini, sebaliknya diwakili oleh suaminya Essam Muhammad dan seorang lagi peguam, Mahmud Abdul Jumaat.

Fakhrul berkata, pihaknya juga sudah mendapatkan hak penjagaan sementara.

"Kami buat hak penjagaan sementara selepas anak tersebut yang kita kira sebagai dilarikan pada 19 Disember tahun lalu. Mizz Nina dalam perjalanan pulang ke rumah dan anaknya tiada.

"Jadi, mereka membuat laporan polis dan sebagainya, tapi anak masih tidak dapat diserahkan dan disebabkan itu, kita memasukkan permohonan ex-parte dan mahkamah sudah memberikan hak penjagaan sementara kepada Mizz Nina,” katanya.

Fakhrul berkata, mereka sebelum itu telah berusaha untuk mengetahui keberadaan kanak-kanak berkenaan selepas segala hubungan untuk mendapatkan anak itu disekat.

Namun, mereka akhirnya berjaya mendapatkan kanak-kanak itu kembali dengan bantuan pihak polis melalui perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah.

Pada masa sama, beliau berkata, Noh pada pada 20 Februari 2023 sudah bersetuju memberikan penjagaan terhadap anak angkat itu sepenuhnya kepada Mizz Nina.

“Tapi kita tak tahu kenapa pada Disember lalu dia pergi ambil anak tersebut. Bila kita sudah dapat anak selepas ex-parte dikeluarkan, proses pengangkatan itu sudah dilaksanakan dan semalam sudah disahkan bahawa penjagaan anak tersebut iaitu Musa diberikan sepenuhnya kepada Mizz Nina,” katanya.

Menjawab dakwaan Noh bahawa Musa diletakkan di bawah penjagaan mereka bersama, Fakhrul berkata, ibu kandung Musa sudah menyerahkan Musa sepenuhnya kepada Mizz Nina.

Pada prosiding pagi tadi, Noh turut hadir dengan ditemani dua peguamnya, Muhammad Shamsyuar Jasmin dan Megat Syazlee Mokhtarom.

Terdahulu, Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa, tanpa kebenaran dan pengetahuannya.

Mizz Nina mengakui insiden itu telah mendatangkan kesan emosi kepadanya memandangkan dia adalah ibu susuan Musa dan tidak pernah berjauhan dengan anak angkatnya untuk tempoh yang lama.

Mizz Nina kemudiannya mendapatkan perintah mahkamah dan berjaya mendapatkan Musa kembali.

Noh sebelum itu membuat kenyataan dalam program Melodi menafikan ada unsur penculikan seperti didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu. – Getaran, 5 Februari 2024

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad