web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khai Bahar Kehilangan Ibu, Dapat Berita Sedih Ketika Sedang Bercuti

Penyanyi ini telah beberapa kali menolak tawaran berlakon kerana tahap kesihatan ibunya semakin merosot.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 12:40PM

Khai Bahar bersama ibunya, Allahyarham Rosnah Muhammad. - gambar IG Khai Bahar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kepada Khai Bahar, Rosnah Muhammad, 62, meninggal dunia pada Selasa, kira-kira jam 10.40 malam.

Khabar duka ini dikongsi oleh pengurus Khai, Mohammed Rizal Mohammed Yasin, menerusi hantaran Instastory miliknya.

"Salam semua, saya pengurus yang mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros meninggal dunia sebentar tadi di Perlis. Proses solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

“Moga roh arwah dicucuri rahmat (Al-Fatihah),” kongsi Khai.

Menjenguk ke akaun Instagram Khai, difahamkan pelakon ini menerima khabar duka ketika dia sedang bercuti di Langkawi.

Menerusi satu video penyanyi ini juga meluahkan rasa syukur kerana dapat menaiki bot dengan segera untuk pulang ke kampung bagi urusan pengkebumian Allahyarham ibunya itu.

Sebelum ini, Khai telah beberapa kali berkongsi tentang kesihatan ibunya yang semakin merosot akibat penyakit buah pinggang dan perlu menjalani rawatan dialisis.

Bahkan, Khai juga pernah memaklumkan emosi ibunya itu tidak stabil dan juga sering terlupa.

Allahyarham Rosnah baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran pada 25 Disember lalu. – Getaran, 3 Januari 2024

Sorotan

1

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

2

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

3

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

4

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

5

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

6

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN