web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isma Alif Kini Kritikal Di Hospital

Penyanyi dan pelakon 80-an itu kini sedang ditidurkan kerana terdapat jangkitan pada paru-paru dan jantung.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2023 12:30PM

Isma Alif ketika menjadi juri Raja Lawak musim ke-tujuh. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi, pelakon dan juga pelawak popular tahun 80-an, Isma Aliff, dilaporkan berada dalam keadaaan kritikal dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang, Selangor.

Menurut beberapa laporan media tempatan, Isma, 59, kini terpaksa ditidurkan selepas doktor mendapati terdapat jangkitan pada paru-paru dan jantungnya. 

Khabar duka ini mula dihidu apabila sahabat baiknya yang juga pelakon, penyanyi dan pelawak, Ebby Saiful Ali memuat naik satu hantaran di akaun Facebooknya pada Selasa.

“Mohon pada sahabat-sahabat sekelian untuk mendoakan kesihatan sahabat saya pelakon, pelawak dan penyanyi, Isma Aliff yang kini berada di hospital dan sedang ditidurkan.

“Semoga segera diberi kesembuhan. Aamin Yaa Allah,” kongsi Ebby. 

Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail mula mencipta nama apabila beliau bergandingan dengan pelakon dan pelawak Allahyarham Mr. Os dalam filem Kembar Siam pada 1989.

Isma juga membintangi filem-filem seperti Marah-Marah Sayang, Jaket Biru, Sayang Ibu. 

Selain berlakon dan berlawak, beliau pernah merakamkan empat album sendiri pada zaman kegemilangannya iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada. 

Pada 2013, Isma turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os untuk menyertai program Maharaja Lawak Mega 2013. Getaran, 20 Disember 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN