web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemain Drum Terkenal Malaysia Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2023 12:26PM

Lewis Pragasam. - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain drum terkenal negara dan Asia Lewis Pragasam, meninggal dunia akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi peminatnya, Pragasam, 66, meninggal dunia di Hospital Beacon, Petaling Jaya, Selangor, pada 3 pagi.

Malam tadi, beliau membuat persembahan di Konsert Music of Christmas di gereja Good Shepherd Assembly di Petaling Jaya, bersama pemain muzik jaz yang lain termasuk Willie Rebanno dan David Yee.

Sabtu lepas, laman Facebook rasmi peminatnya memuat naik video Pragasam berinteraksi dengan peminat di Eco Drum Jam di Plaza Shah Alam.

Pragasam merupakan seorang pemuzik yang dihormati dari Asia dan telah menerima sanjungan tinggi antarabangsa sebagai pemain genderang terbaik Asia dan peneraju trend baharu dunia muzik.

Pengasas projek perintis Asiabeat pada tahun 1979 itu, telah membuat persembahan bersama ramai artis terkenal antarabangsa seperti Tony Levin, Billy Cobham dan Guru Karakkudi R. Mani, selain Royal Command Performance untuk Putera Wales, Putera Charles (Prince Trust Concert) di Edinburgh, Scotland pada tahun 1995. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN