Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ibnor Riza Sudah Tiada

Allahyarham menghidap kanser limfoma tahap empat sejak Mac lalu

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Dec 2023 7:42PM

Ibnor Riza - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi veteran, Ibnor Riza yang sekian lama menghidap kanser limfoma tahap empat menghembuskan nafas terakhir petang tadi.

Pemergian beliau disahkan rakan artis, Salwa Abdul Rahman yang juga penyanyi seangkatan Allahyarham.

"17.12.23. Sahabatku dah (sudah) xde (tiada). Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tunku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) jam 3.30 petang tadi.

Ibnor Riza semalam dilaporkan kritikal selepas menjalani pembedahan mengluarkan air dari dalam kepala 2 Disember lalu.

Allahyarham sejak itu perlu menggunakan bantuan ventilasi.

Beliau pada 10 November lalu turut menjalani kimorerapi R-ICE di hospital sama.

Allahyarham juga dilaporkan mengalami demam berpanjangan selepas rawatan.

Ibnor disahkan menghidap kanser pada Mac lalu dan sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak sembilan kali.

Beliau terpaksa membelanjakan RM80,000 bagi kos perubatan dengan menggunakan kesemua wang simpanan dan menjual ketiga-tiga kereta miliknya. - Getaran, 17 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

MKN, KPN Ucap Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Jaafar Onn Miliki Bakat Unik, Tersendiri - PM

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 16 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN