web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kereta Terbakar Tiba-tiba: Roy Azman, Keluarga Sempat Selamatkan Diri

Saat cemas itu berlaku di sebuah lebuh raya ketika mereka sedang dalam perjalanan pulang dari makan malam.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2023 1:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Roy Azman dan keluarganya terselamat selepas berjaya keluar dari kereta yang terbakar ketika mereka dipercayai melalui sebuah lebuh raya di Lembah Klang, malam tadi.

Melalui perkongsian pelakon itu di media sosial pagi tadi, kelihatan kereta itu rentung dijilat api.

“Salam semua. Alhamdulillah. Saya, isteri dan anak bongsu sempat lari keluar kereta, syukur.

“Terima kasih Datuk Eg, Datin Heykal, Faezah, Yusof dan akmal datang teman buat laporan,” kongsinya ringkas.

Menerusi perkongsian video yang lain, Roy sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana semuanya selamat dan turut memberitahu kereta yang terbakar itu baru sahaja dibaiki di sebuah bengkel di Ampang

“Kereta itu sebenarnya saya hantar overhaul di Ampang, dan petang semalam (Ahad), saya ambil kereta tu sebab dah siap.

“Kemudian saya pergi makan dengan kawan-kawan di Puncak Alam, dan dalam pukul 11:00 malam lebih masa nak balik tu ada kereta yang hon bagitahu kereta terbakar,” ulasnya yang turut memaklumkan kebakaran kereta bermula di bahagian bawah kereta.

Jelas Roy lagi, selain terbakar, kereta terbabit juga menghadapi masalah brek kaki yang tidak berfungsi.

Namun, beliau bernasib baik kerana brek tangan boleh digunakan untuk memberhentikan kereta itu.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan. Terima kasih kepada semua yang prihatin.

“Mintak maaf saya tidak dapat nak jawab semua panggilan telefon,” ujar Roy yang kini sudah pun berada di lokasi penggambaran. – Getaran, 4 Disember 2023

@getaranmy Walau bagaimanapun, Roy Azman dan keluarga dikatakan sempat keluar daripada kenderaan sebelum terjadinya kebakaran tersebut. Semoga dipermudahkan urusan Roy Azman dan keluarga. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #royazman ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN