web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Elon Musk Melawat Israel, Setuju Dengan Netanyahu Untuk Hapuskan Hamas

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2023 7:46PM

Elon Musk ketika lawatan di Israel, bersama-sama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Israel, Isaac Herzog. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pemilik syarikat aeroangkasa SpaceX dan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk menerima kritikan selepas menyatakan kesediannya bekerjasama dengan rejim Zionis dengan menyediakan perkhidmatan internet di kawasan diduduki Israel.

Jaminan itu dibuat Musk semalam selepas kunjungannya ke Israel dan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Memetik daripada laporan Yahoo, kehadiran Musk adalah bertujuan untuk melawat kawasan serangan Kfar Aza iaitu kawasan penempatan atau kibbutz yang diserang oleh tentera Hamas pada 7 Oktober lalu.

Pada lawatan itu, Musk dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Netanyahu bahawa konflik peperangan yang sedang berlaku ini boleh diselesaikan dengan menghapuskan tentera Hamas.

“Pertama sekali, anda perlu menghapuskan rejim berbahaya ini seperti yang anda lakukan kepada Jerman dan Jepun ketika Perang Dunia Kedua,” kata Netanyahu.

“Tiada pilihan lain, tiada pilihan lain,” balas Musk.

Lawatan tersebut turut mencapai satu perjanjian di mana Musk akan membantu menyalurkan perkhidmatan internet miliknya kepada Semenanjung Gaza dan Israel untuk kegunaan tentera Zionis di sana.

Ia berikutan cadangannya untuk perkhidmatan internet Starlink digunakan oleh organisasi-organisasi bantuan utama di wilayah tersebut selepas Gaza mengalami gangguan internet ketika diserang oleh askar Israel.

Berdasarkan perjanjian tersebut, perkhidmatan Internet Starlink itu hanya boleh digunakan di Israel dan Gaza selepas mendapat kelulusan rejim Zionis.

Video yang memaparkan Musk melawat Israel menerusi platform TikTok @YahooUK itu mengundang kecaman ramai pihak dengan mengatakan jutawan itu seorang hipokrit selain menggesanya untuk turut melawati Gaza dan melihat keadaan yang berlaku di sana.

“Elon Musk adalah seorang munafik, menyokong pembunuh”, ujar seorang pengikut di ruangan komen.

“Elon Musk saya harap anda melawat Gaza dan tebing barat untuk melihat kemusnahan kota Gaza dan kematian bayi, wanita yang dilakukan oleh Nentahayu. Lihat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan olehnya,” komen seorang lagi.

Setakat 20 November, jumlah kematian di Gaza menunjukkan peningkatan sehingga 13,000 orang dan 25 hospital serta 52 pusat kesihatan tidak beroperasi sejak tentera penceroboh melancarkan serangan. – Getaran, 28 November 2023

@yahoouk Elon Musk visits ruins of Israeli Kibbutz with Prime Minister Netanyahu #elonmusk #israel #israelnews #worldnews #x #twitter #spacex #starlink #gaza #palestine #netenyahu ♬ original sound - Yahoo UK

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN