web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mimi Lana dan Syafiq Kyle Kembali Pancing Perhatian Peminat

Peminat doakan pasangan ini berjaya membawa perhubungan mereka di jenjang pelamin.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 12:30PM

Foto pasangan ini yang dikongsi oleh Syafiq di akaun Instagramnya pada April lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pasangan yang bikin gempar kerana membatalkan perkahwinan pada 18 Ogos lalu, Mimi Lana dan Syafiq Kyle kini sekali lagi memancing perhatian apabila mereka dilihat keluar bersama untuk menikmati makan malam selepas menghadiri sebuah acara.

Biarpun masing-masing tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang status perhubungan mereka selepas insiden itu, peminat kedua-dua mereka yakin pasangan itu sudah putus kasih.

Ia berikutan bukan kali pertama hubungan cinta Mimi dan Syafiq berdepan badai.

Namun, apabila video makan malam mereka tersebar, ramai peminat yang mula mendoakan agar Mimi dan Syafiq kembali menjalin cinta.

Malah, ramai juga yang berharap perhubungan mereka berjaya ke jenjang pelamin.

Baik Mimi, mahupun Shafiq masing-masing tidak memberi sebarang respon buat masa ini. Bagaimanapun, video terbaharu yang dimuat naik oleh Mimi di Instagram storynya bagaikan memberi bayangan bahawa hubungannya dengan Syafiq baik-baik sahaja.

Pada petang Khamis, Mimi memuat naik satu video memaparkan beliau menerima kiriman brownies daripada Syafiq sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 21 November lalu.

“Happy birthday ke -28. Tak pandai buat brownies, tapi…” itu pesanan yang tertulis di atas kad yang ditandatangani oleh Syafiq.

Mimi turut menyertakan ucapan terima kasih kepada Syafiq kerana berusaha menyiapkan brownies tersebut sebelum perlu menjalani penggambaran jauh.

Video itu kemudiannya dikongsi semula oleh Syafiq di akaun Instagramnya dengan menyertakan pesanan, “makan okay”.

Mimi dan Syafiq mula menjalinkan hubungan cinta pada 2016 tetapi ia hanya terbongkar pada 2019. Kemudian pada Mac 2020, mereka dikhabarkan putus cinta, sebelum kembali bersama dan melangsungkan pertunangan pada Januari 2023. – Getaran, 24 November 2023

Foto : IG Mimi Lana / Syafiq Kyle

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN