web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


G-Dragon Bakal Saman Penyebar Fitnah

Anggota kumpulan BigBang umum tindakan itu selepas dibebaskan daripada tuduhan mengambil dadah, susulan keputusan negatif ujian ke atas kukunya.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 8:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kwon Ji Yong atau lebih terkenal sebagai G-Dragon mengumumkan tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah, selepas ujian dadah terhadapnya didapati negatif.

Keputusan ujian dadah itu dimaklumkan oleh unit siasatan jenayah dadah Agensi Polis Incheon. Terdahulu, Institut Kebangsaan bagi Sains Forensik menjalankan ujian terhadap kuku jari tangan dan kaki dan hasil keputusan adalah negatif.

Sebelum itu, ujian ke atas air kencing dan sampel rambut G-Dragon juga didapati negatif.

Menurut Soompi yang memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh peguamnya, Kim Soo Hyun, tindakan perundangan akan diambil terhadap mana-mana hantaran berniat jahat, termasuk fitnah, penghinaan, gangguan seksual dan penyebaran maklumat palsu terhadap penyanyi itu.

Dalam kenyataannya, peguam G-Dragon itu berkata: "Kami sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang membuat hantaran berniat jahat, termasuk fitnah, penghinaan, gangguan seksual, penyebaran maklumat palsu dan fitnah jahat terhadap Kwon Ji Yong.

"Kami sedang membuat persiapan bagi mengemukakan aduan kepada agensi siasatan dengan mengumpul segala bukti yang melanggar hak dan kepentingan Kwon Ji Yong seperti penghinaan serta fitnah hasil pemantauan peribadi dan laporan daripada peminat tanpa sebarang toleransi.

"Kami akan memastikan suspek bertanggungjawab dan mengambil tindakan tegas tanpa sebarang penyelesaian dan tolak ansur".

Sementara itu, G-Dragon dilihat hadir di balai polis bagi membantu siasatan mengenai dakwaan penggunaan dadah.

"Saya tidak pernah terbabit dalam sebarang jenayah berkaitan dadah dan saya hadir di sini, bagi membuktikannya.

"Saya rasa adalah lebih baik jika agensi siasatan dapat mengeluarkan keputusan dengan cepat dan tepat.

"Saya sentiasa membantu siasatan sama ada memberi kenyataan atau menghantar sampel rambut. Saya menjawab dengan terus terang," katanya. - Getaran, 24 November 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN