Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Esma Daniel Nasihat Peminat, Orang Awam Amalkan Gaya Hidup Sihat

Pelakon itu berkongsi pengalaman mengalami serangan angin ahmar sebelum ini, melalui media sosial.

Selebriti Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 1:42PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengalaman diserang angin ahmar atau strok baru-baru ini bukan saja menjadi pengajaran kepada pelakon terkenal, Esma Daniel, malah turut dikongsikan dengan orang awam dan peminat agar ia menjadi panduan dan pengajaran.

Malah, Esma turut menasihati orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat selain menghentikan tabiat merokok serta menghisap vape walaupun aktif bersukan.

Menerusi hantaran di Facebook, Esma berharap orang ramai untuk menjaga permakanan dan mengamalkan diet yang sihat.

Beliau turut menasihati dan mengingatkan mereka untuk tidak culas mengambil ubat yang diberikan doktor jika sudah disahkan menghidap penyakit.

“Pada mereka yang merokok atau (menghisap) vape tetapi aktif bersukan seperti saya sebelum ini, berhenti sajalah demi nyawa anda.

“Pemakanan serta diet yang sihat dalam memgimbangi kalestrol dalam darah juga diutamakan dan jika anda mengalami hipertensi janganlah culas mengambil  ubat,” katanya.

Esma memaklumkan bahawa serangan strok yang dialaminya itu berlaku ketika beliau baru saja habis bersukan dan sedang makan malam bersama keluarga.

Katanya, secara tiba-tiba tangannya tidak dapat bergerak dan keadaan badannya semakin lemah sehingga mahu terjatuh.

“Pada 10 November yang lalu sebaik larian rutin ketika selepas makan malam bersama isteri, secara tiba-tiba saya merasakan tangan kiri saya tidak dapat mengangkat gelas minuman dan isteri saya mendapati muka saya agak herot ketika itu.

“Apabila saya cuba bangun, kaki kiri saya terlalu lemah hingga saya hampir tumbang dan disambut oleh isteri saya.

“Saya yang menghadapi hipertensi mendapati tekanan darah tinggi mendadak naik lalu cuba baring dengan kedudukan kaki dinaikkan. Cuba tenangkan diri dan perlahan-lahan tekanan darah turun sedikit,” katanya.

Berdasarkan pengalamannya itu, Esma menasihati orang ramai yang berdepan keadaan sama untuk tidak berlengah-lengah ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Isteri menyarankan untuk ke hospital tapi saya yakin keadaan akan bertambah baik dan berhasrat pergi ke klinik keesokkan harinya.

“Pada 11 November 2023 jam 4pm, saya telah ditahan di wad kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM),” katanya.

Tindakan Esma yang lambat mendapatkan rawatan di hospital dikesali doktor yang merawatinya.

Esma berkata, ia berikutan petugas kesihatan boleh menjalankan rawatan terkini iaitu teknik trombektomi ke atasnya untuk mengeluarkan darah beku yang menyumbat salur darah besar di otak yang menyebabkan serangan strok itu terjadi.

“Prosedur ini lazimnya dilakukan dalam lingkungan masa 24 jam selepas serangan strok namun begitu, doktor berpendapat saya harus  diberi peluang menerima rawatan tersebut memandangkan  saya aktif bersukan.

“Ia memberi kemungkinan otak dan organ badan saya masih berfungsi dengan baik walaupun selepas 24 jam serangan strok,” katanya.

Esma bernasib baik kerana rawatan tersebut berjaya dilaksanakan dan pemeriksaan menunjukkan darah beku tersebut sudah tiada lagi dalam otaknya.

Beliau ditahan wad selama empat hari bagi membuat pemeriksaan susulan keadaan jantungnya dan bersyukur ia tidak melarat ke organ tersebut.

“Alhamdulillah, jantung saya berada dalam keadaan baik dan tidak berkait dengan serangan strok yang saya alami,” katanya.

Esma turut mengambil kesempatan megajak orang ramai untuk berkunjung ke program berkaitan serangan strok sempena Sambutan Hari Strok Sedunia anjuran HTCM esok bagi mendedahkan mereka kepada serangan penyakit itu. – Getaran, 20 November 2023

Sumber Foto: FB Esma Daniel

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 3 jam yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

Tanpa mendedahkan wajah puteri sulungnya itu, Uqasha kelihatan berseri-seri memeluk bayinya.

oleh Wartawan Hiburan Getaran