web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nabila Razali Sah Isteri Nik Iruwan

Majlis perkahwinan Nabila diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 8:28PM

Nabila dan Nik Iruwan bergambar selepas dinikahkan pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas lama berteka-teki tentang pilihan hatinya, penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, hari ini selamat bergelar isteri dengan seorang ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani, 38, dengan sekali lafaz pada jam 10.11 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung secara tertutup di The Chateau, Bukit Tinggi itu menyaksikan pasangan pengantin ini tampil dalam dalam persalinan putih untuk acara akad nikah itu.

Nabila menerima mas kahwin berjumlah RM22.50, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Dalam satu hantaran yang dibuat oleh Nabila di akaun Instagramnya, penyanyi ini meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya.

“There is nothing like marriage, for the two who love one another.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi saya Nur Nabila digelar sebagai isteri kepada Nik Iruwan dengan sekali lafaz pada 10.11am, 4 Jamadilawal 1445H.

“Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’ (جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء).”

“Terima kasih atas segala ucapan dan doa sempena hari kebahagian Bella. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas budi baik semua,” kongsi Nabila.

Majlis yang dikendalikan oleh Terusik Event ini berkonsepkan ‘English Garden’ dan hanya dihadiri kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, teman rapat dan juga selebriti.

Antara selebriti yang hadir adalah seperti Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, dan Hael Husaini.

Awal minggu lalu, Nabila mendedahkan sudah menerima lamaran Nik Iruwan yang juga bekas pelumba kereta, menerusi satu perkongsian gambar di akaun Instagramnya.

Gambar yang dipercayai untuk sesi fotografi pra-perkahwinan itu memperlihatkan Nik Iruwan melutut di hadapannya berlatarkan lagu New Chapter. – Getaran, 18 November 2023

Foto : IG Nabila Razali

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN