web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Patrick Dempsey Dinobat Lelaki Paling Seksi 2023

Aktor yang terkenal dengan watak Dr Derek Christopher Shepherd atau McDreamy dalam drama Grey’s Anatomy, merampas gelaran itu daripada bintang Captain America, Chris Evans yang dipilih tahun lalu.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 12:54PM

gambar majalah People, laman sesawang www.motorious.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang Grey’s Anatomy, Patrick Dempsey dinobatkan sebagai ‘lelaki paling seksi 2023’ oleh majalah People. Pengumuman menyaksikan bintang Marvel, Chris Evans tersingkir daripada gelaran yang diraihnya tahun lalu.

Pelakon berusia 57 tahun ini dilaporkan terkejut ketika diumumkan pemenang gelaran itu, namun sempat berseloroh yang dia akan sentiasa menjadi pengiring pengantin.

“Saya senang dengan pengiktirafan ini, dan pastinya ego saya sedikit meningkat, tetapi ini adalah salah satu platform yang boleh digunakan untuk sesuatu yang positif,” ujarnya dalam temu bual bersama majalah People.

Dempsey menjadi penghias muka depan majalah berkenaan bagi edisi bulan November.

Untuk rekod, Dempsey membintangi hampir 250 episod siri Grey’s Anatomy sebagai pakar bedah Saraf menerusi watak  Derek Shepherd atau lebih dikenali sebagai McDreamy.

Beliau juga berjaya membuatkan hati ramai wanita ‘cair’ ketika memegang watak seorang peguam dalam filem muzikal Enchanted yang ditayangkan pada 2007.

Patrick Dempsey bersama salah satu koleksi keretanya.
Patrick Dempsey bersama salah satu koleksi keretanya.

Dempsey berkahwin dengan Jillian Fink, jurusolek dan pengasas produk kecantikan. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki tiga orang cahaya mata iaitu Talula Fyfe Dempsey, 21, dan pasangan kembar lelaki, Sullivan Patrick Dempsey dan Darby Galen Dempsye yang kini berusia 16 tahun.

Sementara itu, Dempsey memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi beberapa filem antaranya  Can’t Buy Me Love (1987) dan Loverboy (1989). Selain Enchanted (2007), filem yang berjaya melonjakkan namanya adalah Sweet Home Alabama (2002), Made of Honor (2008) dan Bridget Jones’s Baby (2016).

Pada Disember ini, Dempsey akan muncul di layar perak menerusi filem biopik, Ferrari, arahan Michael Mann yang berkisar mengenai pemandu Formula Satu Itali, Piero Taruffi dan beliau bergandingan dengan Adam Driver serta Penelope Cruz.

Difahamkan Dempsey menghubungi sendiri Mann untuk terlibat dalam projek filem ini. Sebagai peminat dan pemilik koleksi kereta sport dan kereta vintaj, Dempsey juga menyertai pelbagai perlumbaan kereta pada waktu lapangnya.

Antaranya, dalam acara pro-am seperti 24 Hours of Le Mans, Rolex 24 di perlumbaan kereta sukan Daytona dan perlumbaan luar jalan Ensenada SCORE Baja 1000. - Getaran, 9 November 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN