web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bella Hadid Digantikan Dengan May Tager Sebagai Duta Dior?

Jenama fesyen antarabangsa itu dikatakan sudah menukar dutanya melalui iklan terbaharu yang memaparkan Tager, seorang model Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah viral pendirian Bella Hadid yang menyatakan sokongannya terhadap rakyat Palestin dan mengecam keganasan Israel di media sosial, supermodel yang berketurunan Palestin – Belanda itu dikhabarkan tidak lagi menjadi duta jenama fesyen mewah Dior.

Menerusi hantaran di sebuah akaun Instagram @yenisafakenglish berkata Dior dikhabarkan sudah menukar duta mereka itu melalui iklan terbaharunya.

Bahkan Hadid atau nama sebenarnya, Isabella Khairiah Hadid, dikatakan diganti May Tager iaitu model berasal dari Israel.

“Dior telah menampilkan May Tager, seorang model Israel dalam iklan baharu mereka dan menggantikan model asal usul Palestin, Bella Hadid.

May Tager.
May Tager.

“Hadid telah lantang mengenai sokongannya terhadap Palestin, menyedari bahawa advokasi sedemikian boleh menjejaskan kerjayanya, namun dia terus berdiri teguh dalam pendiriannya,” katanya menerusi hantaran Instagram tersebut.

Ekoran daripada hantaran tersebut, rata-rata peminat tidak senang dengan tindakkan yang dibuat oleh Dior malah ramai antara mereka tidak mahu membeli lagi sebarang produk dari jenama itu.

“Selamat tinggal Dior!” kata salah seorang pengguna di ruangan komen Instagram yang sama.

Tidak ada apa-apa yang rugi! Manusia lebih penting daripada Dior,” komen seorang lagi.

Bagaimanapun Hadid dilihat hanya berdiam diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan perkara tersebut dan masih meneruskan perkongsian mengenai konflik peperangan yang berlaku di Gaza dan kekejaman yang dilakukan oleh Israel melalui akaun Instagram.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan angka kematian terkini akibat serangan tentera penceroboh Israel di Gaza telah melebihi 10,000 orang. – Getaran, 8 November 2023

Sumber foto: yenisafakenglish

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

oleh Sophia Ahmad