web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IKEA Perkenal Koleksi Bertema Angkasa Lepas 

Koleksi AFTONSPARV bakal ‘mengorbit’ gedung-gedung IKEA di seluruh negara.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 1:05PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda impikan rekaan dalaman bilik anak anda seperti angkasa lepas?Tidak perlu pergi jauh kerana gedung perabot terkenal antarabangsa, IKEA kini menawarkan koleksi angkasa lepas baharu dinamakanAFTONSPARV.

Malah, terdapat penampilan khas promosi koleksi baharu ini turut menampilkan angkasawan pertama Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha serta aktiviti-aktiviti hebat yang menanti pelanggan di setiap perhentian.

AFTONSPARV adalah koleksi baharu untuk kanak-kanak daripada IKEA yang membawa keajaiban angkasa lepas ke rumah anda.

Daripada permainan lembut hinggalah kepada kadbod kapal angkasa dan khemah roket, rekaan ini bertujuan mencetuskan imaginasi, kreativiti dan semangat pengembaraan dalam kalangan bakal angkasawan dan penjelajah muda.

Permainan lembut dalam koleksi angkasa lepas tersebut diperbuat daripada bahan poliester kitar semula, manakala kadbod dalam khemah roket mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus daripada bahan kitar semula.

Pengarah Runcit Negara IKEA Malaysia, Malcolm Pruys, berkata pihaknya percaya cara terbaik untuk kanak-kanak belajar, membesar dan berkembang adalah melalui permainan.

Beliau berkata, kediaman adalah taman permainan kanak-kanak yang paling penting.

“Jadi, koleksi AFTONSPARV yang dihasilkan bersama dengan kolaborasi kanak-kanak kecil berumur tiga hingga tujuh tahun, menawarkan peluang tanpa had untuk permainan kreatif dan lakon peranan, yang kami harap akan menyemarakkan semangat dan cinta mereka terhadap angkasa lepas,” katanya.

Bukan itu sahaja, ilham dalam mencipta pelbagai barangan seperti ini adalah bertujuan untuk memupuk generasi baharu mengenali bagaimanakan suasana angkasa lepas.

Dengan itu, IKEA Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar untuk satu siri jelajah ke seluruh negara.

Angkasawan pertama Malaysia itu akan berkunjung ke gedung-gedung IKEA di seluruh negara untuk berkongsi pengalamannya tentang penerokaan angkasa lepas dengan pelanggan IKEA serta peminat angkasa lepas.

Sheikh Muszaphar mengakui beliau tidak sabar untuk menemui ibu bapa dan kanak-kanak di destinasi hentian sepanjang program jelajah itu nanti.

“Saya tidak sabar untuk bertemu rakyat Malaysia, termasuk ibu bapa dan anak-anak mereka di gedung IKEA di seluruh negara.

“Saya teruja untuk bekerjasama dengan IKEA bagi menginspirasikan rasa cinta terhadap penerokaan angkasa lepas yang sentiasa menjadi minat saya.

“Imaginasi adalah pencetus yang memacu kita untuk bermimpi besar dan berusaha menggapainya. Dengan berkongsi pengalaman saya, saya berharap dapat menggalakkan anak-anak muda dan rakyat Malaysia, tidak kira di mana jua mereka berada, untuk mengejar minat mereka, baik besar mahupun kecil,” katanya.

Siri jelajah ini akan bermula esok, bermula dengan pelancaran rasmi pada jam 3.30 petang di Aras 1 Pusat Beli-belah IPC, dengan kerjasama IKEA Damansara.

Pengunjung juga boleh bertemu dengan Sheikh Muszaphar di IKEA di Cheras, Tebrau dan Batu Kawan pada tarikh-tarikh berikut:

10 November pada jam 3:20 petang – IKEA Cheras

19 November pada jam 3:30 petang – IKEA Tebrau

25 November pada jam 3:45 petang – IKEA Batu Kawan.

Koleksi AFTONSPARV IKEA akan tersedia di gedung-gedung IKEA mulai 9 November ini. Layari laman sesawang IKEA untuk lebih banyak penyelesaian permainan. – Getaran, 7 November 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN