web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Azhar Sulaiman Mohon Maaf Atas Pertikaian Tentang Serangan Hamas

Azhar sebelum ini mempersoalkan kebijaksanaan angkatan tentera Hamas yang melancarkan serangan terhadap Israel.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 5:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas teruk dikecam oleh warganet susulan pendapatnya mengenai tindakan ketua kumpulan Hamas melancarkan serangan terhadap Israel, pelakon Azhar Sulaiman tampil memohon maaf menerusi akaun media sosialnya.

Pelakon itu sebelum ini mempersoalkan kebijaksanaan angkatan tentera Hamas yang melancarkan serangan terhadap Israel.

Azhar berkata tindakkan yang dimaksudkan itu adalah mengenai strategi Hamas mungkin boleh mengubah keadaan menjadi lebih baik jika penduduk di Palestin dipindahkan terlebih dahulu sebelum melakukan serangan.

“Jadi saya mempersoalkan kepimpinan ketuanya sama ada betul ke strategi ini?

“Mereka tahu akan kesan daripada tindakan itu. Keadaan mungkin berbeza jika Hamas melakukan kelainan dengan memindahkan penduduk Gaza ke tempat selamat.

“Jadi, apabila Israel menyerang Gaza, hanyalah banggunan kosong yang terjejas dan tiada kematian,” jelasnya.

Dalam permohonan maaf tersebut, Azhar turut menegaskan bahawa beliau sentiasa berpendirian teguh dalam menyokong Palestin sejak dari dulu lagi. 

Justeru, beliau meminta maaf daripada semua pihak jika hantaran awal itu mengguris hati mereka, selain tidak berniat untuk menongkah arus daripada pendapat umum  mengenai isu Palestin.

Azhar turut menjelaskan serba sedikit keadaan tentang kepimpinan serta sokongan rakyat Palestin yang terpecah kepada dua parti politik iaitu Hamas dan Fatah.

“Di Palestin itu ada dua parti iaitu Hamas dan Fatah. Jadi masyarkat dia tidaklah 100 peratus memihak kepada satu parti.

“Mereka mempunyai pandangan berbeza. Fatah cara dia dan Hamas ada cara dia untuk selesaikan konflik. Kedua-duanya perlu mengambil kira akan impak daripada apa yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, pemimpin di Palestin juga sering dipantau oleh rejim Israel, selain sering bersilih ganti.

Katanya, sejak beberapa tahun ini sememangnya ada serangan-serangan antara kedua-dua pihak namun apa yang berlaku pada 7 Oktober itu adalah yang paling besar dilancarkan oleh Hamas terhadap Israel.

Azhar berkata, walaupun pada mulanya beliau bersorak dengan tindakan Hamas itu yang melancarkan beribu-ribu roket, namun selepas melihat serangan balas Israel, beliau terfikir bahawa tindakan kumpulan pejuang Palestin itu membuka jalan untuk rejim itu melancarkan perang.

“Disebabkan ini Israel telah mengisytiharkan perang terhadap Palestin. Bila mereka mengisytiharkan perang, mereka boleh gunakan semua cara untuk mencapai objektif menghancurkan Gaza buat selama-lamanya.

“Ia sudah seperti Hamas memberi lesen kepada Israel untuk berbuat begini, (kerana) Israel selama hari ni takut-takut untuk buat begini kerana masyarakat antarabangsa memerhatikan mereka,” katanya.

Azhar berkata, tindakan Hamas itu seolah-oleh memberi lesen kepada Israel mengambil tindakan untuk membalasnya dengan menyerang Palestin menggunakan segala jenis peluru berpandu dan senjata yang ada.

Beliau juga berharap permohonan maafnya itu diterima oleh semua orang dan memohon supaya kenyataannya sebelum ini tidak dipanjang-panjangkan lagi dan menyeru orang ramai untuk terus menyokong Palestin. – Getaran, 30 Oktober 2023

Sumber Foto: Tiktok Azhar Sulaiman.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN