web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Badrul Muhayat Meninggal Dunia

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2023 1:44PM

Pemergian Badrul Muhayat mengejutkan rakan industri dan peminat. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita kematian pelakon veteran Badrul Muhayat Ahmad Jailani atau Badrul Muhayat di Pulau Pinang pagi tadi.

Difahamkan Allahyarham Badrul, 55, meninggal dunia di sebuah inap desa di Pulau Pinang dan berita tersebut disahkan oleh rakan pelakon, Anne Abdullah.

Menurut Anne, Allahyarham berada di Pulau Pinang kerana terlibat dengan satu acara karnival.

Pelakon Harry Boy, Kad Cinta dan Azizah The Legend itu disedari meninggal dunia ketika isterinya, Norhayati Zulkapli, cuba mengejutkannya dari tidur untuk berniaga di karnival berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, punca kematian Allahyarham belum diketahui.

Allahyarham melangsungkan perkahwinan dengan Norhayati pada April lalu.

Allahyarham meninggalkan dua anak hasil perkahwinan terdahulu berusia 14 dan 16 tahun yang kini menetap bersama bekas isterinya di Ipoh.

Anak kelahiran Johor Bahru pada 18 April 1968 itu juga adalah sepupu kepada pelakon, Datin Seri Maria Farida.

Sementara itu, BH Online melaporkan, Norhayati ketika dihubungi, memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk disemadikan di Johor Bahru. – Getaran, 28 Oktober 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN