web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bintang Bolasepak Mesir Dan Liverpool, Mo Salah Kecam Israel

Mohamed Salah mengutuk kekejaman tentera Israel dan menyeru pemimpin dunia segera bertindak bagi membela nasib rakyat Palestin

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2023 5:15PM

Mohamed Salah dalam satu hantaran di akaun Instagramnya. gambar Instagram mosalah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bintang bola sepak Mesir dan Kelab Bolasepak Liverpool (LFC), Mohamed Salah atau lebih dikenali sebagai Mo Salah baru-baru ini meluahkan rasa kecewa dan sedih atas tindakan pihak berkuasa menutup laluan pintu masuk  ke Gaza. Tindakan itu menimbulkan masalah kepada usaha untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan dan perubatan kepada rakyat Palestin yang berdepan dengan keganasan tentera Israel.

Menerusi satu hantaran video di akaun Instagram mosalah, nya, Mohamed Salah turut mengecam kekejaman Israel dan menyeru pemimpin dunia supaya melakukan sesuatu bagi membantu rakyat Palestin.

“Bukan  mudah untuk bercakap pada masa-masa seperti ini. Terdapat terlalu banyak keganasan dan terlalu banyak kekejaman yang sangat menyayat hati. Kekejaman yang berlaku sejak beberapa minggu kebelakangan ini amat perit untuk disaksikan.

“Semua nyawa adalah suci dan mesti dilindungi. Pembunuhan beramai-ramai perlu dihentikan. Keluarga sedang berpecah belah,” luahnya dengan rasa sedih.

“Apa yang jelas sekarang, bantuan kemanusiaan ke Gaza mesti segera disalurkan. Penduduk di negara itu sedang berdepan dengan keadaan yang amat teruk.

“Kejadian (pengeboman) di hospital malam semalam sungguh mengerikan. Penduduk Gaza

memerlukan makanan, air dan bekalan perubatan dengan segera.

“Saya menyeru  pemimpin dunia untuk sama-sama menghentikan tindakan kejam ke atas rakyat yang tidak bersalah. Kemanusiaan mesti diutamakan,” ujarnya lagi.

Justeru, beliau menggesa supaya pintu bantuan ke Gaza segera dibuka kerana ia menghalang hak orang awam untuk mendapatkan bantuan dari segi makanan, air dan juga perubatan.

Sebelum ini, Mo Salah dikecam peminat kerana berdiam diri susulan kejadian yang berlaku di Palestin hingga mengakibatkan beliau hilang kira-kira sejuta pengikut di media sosial.

Bagaimanapun, pasukan perubatan bintang bola sepak itu sudah menyalurkan sumbangan

dipercayai menerusi Bulan Sabit Merah Mesir, namun jumlahnya tidak didedahkan atas permintaan pemain tersebut. – Getaran, 19 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 minggu yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Aktivis Antarabangsa Puji Solidariti Malaysia Terhadap Gaza

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Malaysia Gesa Pintu Masjid Al-Aqsa Dibuka Segera - PM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN