web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siapakah Jeryl Lee, Penyanyi Yang Menjuarai The Next 2023 Di China

Baru-baru ini, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan kejayaan anak kelahiran Pulau Pinang, selepas beliau memenangi program realiti televisyen di China

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2023 3:30PM

gambar Instagram Jeryl Lee

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejayaan Jeryl Lee, 23,  atau nama sebenarnya Lee Pei Ling mengharumkan nama negara mengejutkan peminat industri hiburan tempatan. Tiada siapa menyangka Jeryl mampu menjuarai program realiti televisyen di China, The Next 2023 yang berlangsung Sabtu lalu, sekali gus menewaskan empat lagi calon.

 Pengakuan bahawa beliau adalah anak kelahiran Malaysia sebaik sahaja diumumkan sebagai juara, nyata memeranjatkan hadirin. Jadi siapakah gadis yang berjaya menempah nama dalam arena seni di China ini?

Jeryl Lee adalah anak kelahiran dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan aktif dalam bidang nyanyian sejak 2012.  Beliau mula menunjukkan minat dalam dunia muzik sejak berusia lapan tahun, malah Jeryl pernah menyertai program Chinese Million Stars edisi kedua pada 2012 dan menjadi satu-satunya peserta dari Malaysia.

Malah, beliau adalah peserta termuda yang menyertai pertandingan nyanyian Watercube Singing Contest for Overseas Chinese Teenagers pada 2014. Sebenarnya, banyak lagi pencapaian yang berjaya dirangkul oleh Jeryl.

Antaranya mendendangkan We Are The Ones pada Minggu Kebudayaan ASEAN 2018 dan menjadi penyanyi pertama dari Malaysia yang menjalani penggambaran muzik video di Beijing.

Jeryl Lee ketika beraksi dalam The Next 2023.
Jeryl Lee ketika beraksi dalam The Next 2023.

Bukan sekadar memiliki rupa paras menawan, Jeryl juga berkhidmat sebagai guru piano bersama syarikat sekutu Universiti Teknologi Nanyang dan berjaya menerima Anugerah Edusave bagi Pencapaian Kepimpinan dan Perkhidmatan Baik (EAGLES).

Jeryl juga sudah memiliki album sendiri bertajuk SAY.Listen yang juga album pertamanya dan ia diterbitkan pada 21 April 2018. 

Pada masa sama,  dia juga pernah muncul dengan sebuah single bertajuk Respect 1000000 pada 5 Ogos 2020. Ia diterbitkan  bagi menghargai pengorbanan barisan hadapan semasa wabak pandemik COVID-19 melanda Malaysia.

Terdahulu, pada 2019, Jeryl turut mengadakan konsert jelajah,  MySista yang dijayakan bersama Masya Masyitah pada Oktober dan Disember tahun berkenaan di Genting Highlands. Terkini, Jeryl berhasrat mendapatkan seorang guru muzik di China untuk membantunya, selain mengubah dan mencipta lagu nyanyian sendiri. - Getaran, 5 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lalisa Malaysia Juarai The Next 2023

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN